Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah pun bermula semalam dan sudah tentu buku teks secara digital amat penting dalam proses pembelajaran memandangkan semuanya adalah secara online.Ini dapat memudahkan guru-guru, ibu bapa dan pelajar sekolah untuk membuat rujukan.Terbaru anda dapat muat turun buku teks sekolah rendah dengan Telegram Bot sahaja.Ini lebih ringkas tanpa scroll dan muat turun daripada website yang sedia ada.
Di zaman serba canggih ini,mesti setiap ibu bapa mempunyai telegram,selepas ini tidak perlu buat carian buku teks digital di laman web guna bot telegram senang dan mudah.Disini kami sertakan panduan bergambar cara nk download buku teks digital dengan Telegram Bot
Anda juga boleh baca
Cara download buku teks digital sekolah rendah dengan Telegram Bot
1.Anda boleh download dulu Telegram di Google Play Selepas download,install seperti biasa.
2.Selepas install,dah siap anda pergi ke pautan berikut: https://t.me/BukuTeksKSSR_bot
3.Klik START untuk mula
4.Boleh klik mana yang anda nak.Tetapi dalam kes ni,anda klik menu BUKU TEKS untuk pilihan buku teks digital yang anda nak.
5.Pilih buku teks mengikut TAHUN yang anda pilih
6.Selepas klik tahun yang anda nak,senarai setiap mata pelajaran untuk buku teks akan diberikan
7.Boleh klik butang download untuk dapat fail.Setelah selesai download,tekan file tersebut save dan buka.
Senang dan mudah.Tidak perlu cari dan buka website tertentu untuk muat turun untuk membuat anak-anak buat rujukan.Selamat mencuba.