Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan MAIWP:Ini cara mohon

0 885

Bantuan Deposit Sewa Rumah.Pendapatan anda terjejas sempena PKP dan tidak mempunyai wang yang cukup untuk mencari rumah yang selesa untuk diduduki disebabkan tanggungan ramai?

Tahukah anda Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan boleh membantu anda?Ya,melalui MAIWP,mereka ada sediakan bantuan yang anda perlukan unutk menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna dengan mendiami rumah yang selamat dan selesa.Jom semak cara membuat permohonan.

Syarat-syarat umum Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat yang diperlukan:

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

Makluman: Negeri-negeri di bawah MAIWP adalah Kuala Lumpur,Putrajaya dan Labuan

Dokumen penting

  1. Borang permohonan
  2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  3. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
  4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
    • *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  5. Satu salinan surat tawaran menyewa rumah dari agensi berkaitan (contoh : DBKL,Perbadanan Labuan,Perbadanan Putrajaya dan lain-lain)
  6. Satu salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu)
  7. Satu salinan surat penjanjian sewaan (permohonan sewaan individu)
  8. Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir / terkini

Dokumen lain yang berkaitan:

  • Keluarga bercerai.
    Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
  • Ahli keluarga telah meninggal dunia.
    Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
  • Saudara baru.
    Satu salinan kad memeluk Islam.
  • Orang Kelainan Upaya.
    Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
  • Pengidap sakit kronik.
    Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
  • Sedang mengikuti pengajian di IPT.
    Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
  • Keluarga bermasalah.
    Satu salinan laporan polis/ surat penjara.
  • Muflis.
    Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

Boleh baca juga:
Cara Mohon Bantuan Selesaikan Hutang Melalui Baitumal MAIWP
Cara Memohon Bantuan Zakat Dan Pautan Borang Permohonan Di Setiap Negeri

Cara membuat permohonan Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan MAIWP

Sekiranya anda layak dan memenuhi syarat-syarat di berikan,anda hendaklah menyediakan dokumen berkenaan bersama borang permohonan.Permohonan boleh di buat dengan memuat turun borang permohonan di bawah:

Borang Permohonan Umum

Borang Senarai Semak 

Setelah borang permohonan di lengkapkan bersama-sama dokumen yang di perlukan,anda boleh menghantar borang tersebut ke kaunter cawangan MAIWP berdekatanSenarai kaunter MAIWP boleh dilhat DISINI

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan masalah boleh rujuk ke:

Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Aras G,1,20,22,
Bangunan PERKIM No. 150,
Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
51200 Malaysia

Phone No:03- 4047 9444

Sebarang kemaskini terbaru mengenai bantuan kerajaan,boleh join telegram kami di bawah:

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More