Cara mohon bantuan selesaikan hutang melalui Baitumal MAIWP

0 548

Bantuan selesaikan hutang MAIWP.Anda mempunyai masalah beban hutang dan tidak mampu untuk membayar?Untuk pengetahuan anda,Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyediakan Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin) bagi membantu asnaf yang mempunyai tanggungan hutang bagi memenuhi keperluan asasi seperti makanan, kesihatan dan perlindungan.

Panduan membuat permohonan bantuan selesaikan hutang MAIWP

Disini kami akan berkongsi tatacara membuat permohonan dan kelayakan yang diperlukan untuk memohon

Syarat Kelayakan bantuan selesaikan hutang MAIWP

Antara syarat umum yang perlu dipenuhi adalah:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (kira kelayakan Had al-Kifarah)

Dokumen penting untuk membuat permohonan

  1. Borang permohonan (download borang di bawah)
  2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  3. Satu salinan kad pengenalan:
    – Pemohon
    – Suami
    – Isteri
    – Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau akaun sumpah penjagaan
  4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
    *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  5. Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
  6. Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
  7. Surat akaun sumpah/ bil/ resit / notis tuntutan ASAL daripada pemiutang

Dokumen-dokumen yang berkaitan

Lain-lain dokumen yang diperlukan berkaitan dengan permohonan adalah:

  1. Keluarga Bercerai – Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
  2. Ahli keluarga telah meninggal dunia – Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
  3. Saudara Baru – Satu salinan kad memeluk Islam.
  4. Orang Kelainan Upaya – Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
  5. Penghidap sakit kronik – Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
  6. Sedang mengikuti pengajian di IPT – Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
  7. Keluarga bermasalah – Satu salinan laporan polis/ surat penjara.
  8. Muflis – Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

Panduan membuat permohonan secara manual borang

Anda boleh download borang permohonan di pautan berikut:

Borang Permohonan bantuan selesaikan hutang MAIWP

Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan boleh dihantar terus dengan hadir sendiri ke kaunter-kaunter Baitumal MAIWP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke kaunter Baitumal MAIWP atau layari laman web rasmi MAIWP.

Maklumat Lanjut dan sebarang pertanyaan

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Aras G,1,7,8,9,10,11,19,20,22,
Bangunan PERKIM No. 150,
Jalan Ipoh 51200 KUALA LUMPUR,
No. Tel : 03- 4047 9444
No. Faks : 03- 4044 9444

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

logo hiburan.my

Subscribe Post Terbaru dari kami kepada anda!

Dapatkan PERCUMA Info Bantuan Kerajaan ke Telefon Anda Setiap Hari.
Jangan lupa CONFIRMKAN SUBSCRIPTION di email anda!

Sila confirmkan Subscription INFO PERCUMA kami di EMAIL ANDA SEKARANG!