Panduan semak senarai hitam CTOS dan CCRIS online
Anda kena senarai hitam CTOS dan CCRIS?Tidak lulus ketika membuat pinjaman wang daripada perbankan dan institusi kewangan lain? Pihak perbankan tidak meluluskan pinjaman yang Anda buat kerana, boleh sahaja Anda masuk ke dalam senarai nama blacklist Bank Negara.
Anda perlu melakukan semakan segara, sekiranya Anda ingin mengetahui dan memastikan bahawa nama Anda masuk ke dalam database blacklist negara.Di Malaysia ada platform yang mengurusi dan merekod aktiviti korang semasa membuat pinjaman dan bayaran. Platform tersebut bernama CCRIS dan CTOS.
Apa yang dikatakan dengan senarai hitam (blacklist) CTOS dan CCRIS? Bagaimana cara membuat semakan jika nama kita blacklist CTOS dan CCRIS?
Apa maksud Senarai hitam (BLACKLIST) CTOS Dan CCRIS
Blacklist CCRIS dan CTOS boleh dikategorikan sebagai istilah tahanan atau kurungan yang bersifat sementara selagi hutang peminjam tertunggak tidak diselesaikan.
Untuk pengetahuan anda, blacklist CTOS dan CCRIS ini:
- Sebenarnya bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak.
- Cuma ia merekodkan aktiviti peminjam sama ada membuat bayaran balik pinjaman dengan baik atau tidak dan maklumat itu akan dijadikan salah satu sumber oleh institusi kewangan untuk memeriksa sejarah kredit peminjam, menilai risiko sebelum meluluskan pinjaman baharu yang dikemukakan.
- Sekiranya nama peminjam yang disenaraikan dalam rekod CCRIS dan CTOS itu menunjukkan bahawa dia “seorang pembayar hutang yang tidak bagus” maka ia akan menyusahkan dan menutup peluang peminjam untuk membuat pinjaman baharu sehingga dia memberi komitmen terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah pembayaran balik pinjaman tertunggak yang terdahulu.
Cara semak nama peminjam dan penjamin blacklist CTOS dan CCRIS
Apa maksud senarai hitam CCRIS dan CTOS |
Senaraihitam CRIS dan CTOS boleh dikategorikan sebagai istilah tahanan atau kurungan yang bersifat sementara selagi hutang peminjam tertunggak tidak diselesaikan |
Sebenarnya CTOS dan CCRIS (central credit reference information system) bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak, cuma ia merekodkan aktiviti peminjam sama ada membuat bayaran balik pinjaman dengan baik atau tidak dan maklumat itu akan dijadikan salah satu sumber oleh institusi kewangan untuk memeriksa sejarah kredit peminjam, menilai risiko sebelum meluluskan pinjaman baharu yang dikemukakan |
Sekiranya nama peminjam yang disenaraikan dalam rekod CCRIS dan CTOS itu menunjukan bahawa dia “seorang pembayar hutang yang tidak bagus” maka ia akan menyusahkan dan menutup peluang peminjam untuk membuat pinjaman baharu sehingga dia memberi komitmen terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah pembayaran balik pinjaman tertunggak yang terdahulu |
Semak Laporan kredit CTOS |
CTOS adalah sebuah syarikat yang membangunkan satu sistem untuk merekodkan bayaran yang tertunggak oleh peminjam |
Bagi peminjam ingkar tidak langsung membuat bayaran pinjaman yang telah ditetapkan maka nama akan direkodkan dalam CTOS |
CTOS juga berfungsi untuk memberi maklumat kepada bank dan institusi kewangan untuk menilai risiko daripada memberikan pinjaman kepada pemohon |
Jika ingin membuat semakan laporan myCTOS, anda boleh berhubung terus dengan pihak CTOS di CTOS service centre menerusi maklumat yang boleh didapati menerusi (klik) judul pautan di bawah Hubungi Dan Bantuan Atau Pertanyaan Secara Online Di Laman Web CTOS |
Ataupun mendapatkan maklumat menerusi (Klik) judul pautan di bawah Soalan Lazim Yang Sering Di Tanya (FAQ) Cara Mendapatkan Laporan CTOS |
Semak Laporan kredit CCRIS |
Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat adalah rekod bayaran bulanan komitmen peminjam dengan institusi perbankan |
Jika bayaran bulanan ditetapkan oleh pihak bank yang dibuat oleh peminjam mengikut tempoh “bayaran cantik”, laporan yang direkodkan dalam data itu akan menunjukan dia “seorang pembayar hutang yang bagus”, maka dia tidak akan menghadapi masalah kegagalan sekiranya membuat permohonan pinjaman baharu. Bagaimanapun ia masih tertakluk kepada rekod, syarat dan kelulusan lain |
Jika sebaliknya (rekod bayaran balik pinjaman tidak bagus) peluang untuk peminjam membuat pinjaman kewangan baharu dengan mana-mana bank berkemungkinan gagal sehingga rekod terbaharu (rekod yang baik) dikemaskini dalam data |
Rekod laporan CCRIS tidak boleh disemak melalui bank yang anda membuat pinjaman. Kebiasaannya pihak bank akan menyarankan anda mendapatkan rekod laporan kredit itu menerusi Bank Negara Malaysia BNM |
Sehubungan dengan itu, adalah lebih mudah jika anda mengunjungi Bank Negara Malaysia atau Pejabat BNM dan cawangan-cawangan AKPK yang berdekatan untuk membuat semakan |
Di Bank Negara Malaysia atau Pejabat BNM dan cawangan-cawangan AKPK disediakan kiosk layan diri untuk buat semakan CCRIS, malah maklumat rekod kategori pinjaman, rekod pembayaran serta status semasa akan dipaparkan lebih terperinci |
Untuk maklumat cara permohonan semakan ia boleh didapati secara online (eCCRIS) sila layari judul pautan berikut Maklumat Semakan Laporan Kredit Cara Permohonan Mendapatkan Laporan Kredit |
Panduan membuat semakan senarai hitam CCRIS dan CTOS |
Berdasarkan Facebook Rasmi Bank Negara Malaysia, Laporan CCRIS kini boleh didapatkan tanpa hadir ke Bank Negara Malaysia. Rujuk Infografik di bawah untuk panduan lanjut |