Cara daftar MyTemujanji PERKESO sebelum datang berurusan di PERKESO
Umum kita tahu sekarang kita berdepan dengan pandemik penyakit yang sangat berbahaya,mengurangkan kesesakan di kaunter kerajaan adalah penting untuk membendung penularan pandemik.Sehubungan dengan itu,PERKESO telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sistem temujanji di dalam talian iaitu MyTemujanji PERKESO.
Tempahan temujanji ini boleh di lakukan secara talian an perlu dilakukan oleh setiap individu yang ingin berurusan di kaunter PERKESO.Selain fungsi sebagai medium untuk membuat temujanji,sistem ini juga banyak mempunyai faedah yang lain.Kami akan huraikan lebih lanjut fungsi-fungsi yang terdapat dalam sistem ini.
Perkhidmatan yang disediakan
Antara jenis perkhidmatan yang disediakan ialah
- Pendaftaran majikan/pekerja/skim pekerjaan sendiri
- Pembayaran caruman, tunggakan caruman dan FCLB
- Penyerahan borang faedah (kecuali pencen ilat)
- Aduan dan pertanyaan berkaitan orang berinsurans atau waris
- Pertanyaan (Semakan caruman/ status tuntutan/ SIP/ SPS)
- Lain-lain perkhidmatan selain perkhidmatan yang dinyatakan
Boleh juga baca: JPJeQ:Cara Daftar No Giliran Untuk Temujanji JPJ
Terma dan syarat di dalam sistem temujanji ini
Pemohon hendaklah membaca dan terma dan syarat yang diberikan seperti berikut:
- Slot temu janji adalah terhad, sekiranya tarikh dan masa yang dipilih telah penuh, pemohon perlu membuat pilihan lain.
- Permohonan boleh dilakukan satu (1) hari awal dari tarikh temu janji dan sehingga enam (6) bulan dari tarikh semasa, walau bagaimanapun tertakluk kepada kekosongan.
- Permohonan akan terbatal sekiranya tarikh temu janji jatuh pada tarikh cuti kelepasan am, cuti peristiwa atau cuti yang diumumkan oleh kerajaan secara mengejut dan permohonan baharu perlu dibuat semula.
- Pemohon perlu berada di pejabat PERKESO sekurang-kurangnya lima belas (15) minit sebelum waktu temu janji. PERKESO berhak untuk membatalkan temu janji sekiranya lewat. Permohonan baharu perlu dibuat semula.
- Pemohon perlu memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap semasa hadir ke pejabat PERKESO semasa sesi temu janji. Borang-borang dan senarai semak boleh diperolehi melalui pautan https://www.perkeso.gov.my/mengenai-kami/sumber/borang-borang.html
- Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam, batuk dan selesema, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat permohonan temu janji semula.
- Permohonan temu janji di PERKESO adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jawatankuasa pandemik Covid-19 PERKESO dan arahan yang berkuatkuasa.
- Permohonan melalui temu janji atas talian ini adalah percuma dan PERKESO tidak pernah melantik ejen atau mana-mana individu sebagai orang tengah dalam sebarang urusan berkaitan dengan tuntutan faedah, bayaran caruman termasuklah permohanan temu janji atas talian.
Cara daftar MyTemujanji PERKESO
Berikut adalah cara daftar temujanji PERKESO sebelum ke kaunter :
1.Layari laman mytemujanji.perkeso.gov.my
2.Cari dan Klik TEMPAHAN TEMUJANJI
3.Baca semua syarat yang perlu anda ikut dan KLIK tick pada kotak yang disediakan dan KLIK SETERUSNYA
4.Isi Maklumat yang diperlukan dan KLIK HANTAR
Cara semak temujanji PERKESO
Pemohon yang teleh membuat temujanji boleh membuat semakan dengan:
1.Layari laman mytemujanji.perkeso.gov.my
2.Cari SEMAKAN TEMU JANJI
3.Pilih kerakyatan dan Klik SEMAK
4.Rekod temu janji anda akan di paparkan.
Makluman sebelum datang ke kaunter PERKESO:
- Pastikan anda mencetak/memuatnaik/screenshot slip tempahan ini dan mohon dikemukakan semasa hadir ke Pejabat PERKESO yang dipilih.
- Muat turun aplikasi MySejahtera ke telefon bimbit anda untuk melancarkan urusan temu janji.
- Anda juga DIWAJIBKAN memakai pelitup muka ketika hadir dan berurusan di kaunter PERKESO.
- Permohonan akan terbatal sekiranya tarikh temu janji jatuh pada tarikh cuti kelepasan am, cuti peristiwa atau cuti yang diumumkan oleh kerajaan secara mengejut dan permohonan baharu perlu dibuat semula.
- Pemohon perlu berada di pejabat PERKESO sekurang-kurangnya lima belas (15) minit sebelum waktu temu janji. PERKESO berhak untuk membatalkan temu janji sekiranya lewat. Jika pemohon GAGAL HADIR pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan, temu janji ini terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.
Tambahan lagi,pemohon yang ingin membuat permohonan faedah PENCEN ILAT, pemohon boleh hadir secara walk-in ke pejabat PERKESO tanpa temu janji. Walau bagaimanapun pembukaan kaunter pejabat PERKESO adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jawatankuasa Pendemik Covid-19 PERKESO dan arahan yang berkuatkuasa.