Cara failkan tuntutan ke Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM)

Sebagai pengguna atau pembeli,kita berisiko akan mendapat masalah kerosakan barang kiriman samada pecah atau rosak.Tahukah anda mempunyai hak ke atas barang yang anda beli dan anda boleh membuat Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM) jika aduan dan tuntutan kepada peniaga serta syarikat penghantaran barang gagal menemui penyelesaian.

Tuntutan ke TTPM adalah jalan penyelesaian terakhir jika jalan penyelesaian kedua-dua pihak tidak menemui kata putus dan tidak berkesudahan.Sebagai satu saluran alternatif kepada mahkamah sivil, bidang kuasa tribunal adalah untuk pengguna menuntut tebus rugi berkenaan pembelian barang atau perkhidmatan yang dibenarkan di bawah bidang kuasa, jumlah amaun tuntutan tidak melebihi RM50,000 dan tuntutan yang dijelaskan dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.

Jumlah tuntutan tidak melebihi RM50,000 itu berkuat kuasa selepas Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Pengguna (Pindaaan) 2019 diluluskan di Dewan Rakyat pada 8 Julai 2019 bagi menggantikan jumlah lama tidak melebihi RM25,000.Di sini kami akan berkongsi Panduan lengkap untuk anda membuat tuntutan ke TTPM

Maklumat mengenai Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM)

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 [Akta 599]. Tribunal beroperasi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Objektif utama penubuhan Tribunal adalah untuk menyediakan saluran alternatif kepada pengguna untuk memfailkan tuntutan tebus rugi secara mudah, murah dan cepat

Jenis Tuntutan

Berikut adalah jenis tuntutan yang boleh difailkan,rujuk gambar di bawah:

Tuntuan di TTPM
Jenis tuntutan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

Nota: Had Amaun yang boleh dituntut adalah tidak melebihi RM50,000 dan tuntutan yang dijelaskan dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.

Sebelum menfailkan kes di TTPM,Butiran penting berikut hendaklah anda ada.Rujuk infografik di bawah:

Butiran Fail kes Tribunal

Cara membuat tuntutan ke Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM)

Berikut adalah cara membuat tuntutan ke TTPM dengan :

(i)  hadir di kaunter TTPM di seluruh negara.
(ii) pemfailan secara online di https://ttpm.kpdnhep.gov.my.

Di bawah adalah panduan lengkap untuk memfailkan tuntutan ke TTPm secara online.

1.Pergi ke laman sesawang https://ttpm.kpdnhep.gov.my/portal/home kemudian click pada kotak 3 garisan yang berada pada atas kanan skrin anda. Kemudian klik log in.

TTPM pendaftaran untuk tuntutan

2.Daftar akaun anda dengan memasukkan nama, nombor kad pengenalan, alamat tempat tinggal. Tiada bayaran.

Bila dah selesai, login semula menggunakan username & kata laluan yang anda telah cipta sendiri.

LOG in TTPM untuk tuntutan

3.Klik pada fail tuntutan dan isi maklumat diri anda. Setelah selesai, masukkan nama pihak yang anda mahu saman itu (penentang).

Anda mesti mempunyai maklumat pihak tersebut seperti nama individu/syarikat, nombor pendaftaran dan alamat mereka. Jika ia adalah syarikat, boleh buat carian online SSM di https://www.mydata-ssm.com.my/homePage

Boleh juga baca: MySIKAP JPJ:Cara Daftar,Pembaharuan Lesen Dan Cukai Jalan

buat aduan TTPM
Maklumat daftar TTPM

4.Setelah selesai memasukkan maklumat pihak-pihak, anda bolehlah terus ke keterangan tuntutan dan nyatakan jenis transaksi anda serta apakah tuntutan anda ke atas pihak penentang.

Anda juga boleh menyertakan dokumen sokongan seperti gambar atau video untuk menyokong tuntutan anda.

Maklumat barang TTPM
tribunal aduan barang rosak

5.Setelah selesai, anda bolehlah buat bayaran pendaftaran. Cuma RM5 sahaja. Tribunal akan mengarahkan anda untuk menyerahkan saman ini kepada penentang. Anda boleh serah secara personal (by hand) atau menggunakan pos berdaftar.

Kemudian hadir ke Tribunal pada tarikh yang telah ditetapkan untuk mengemukakan kes anda di hadapan Pengerusi Tribunal.

Senang dan mudah sahaja,cuma daftar kes online!

BORANG 2 (PEMBELAAN / TUNTUTAN BALAS – JIKA ADA)

Borang 2 hendaklah difailkan dalam 4 salinan di pejabat Tribunal yang sama di mana Borang 1 difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penentang menerima Borang 1;

Bayaran bagi pemfailan Borang 2 adalah sebanyak RM5.00 dan resit resmi akan dikeluarkan kepada penentang;

Borang 2 akan didaftarkan, ditarikhkan, ditandatangani dan dimeterai dengan meterai Tribunal oleh Setiausaha Tribunal. Dua salinan Borang 2 yang telah dimeterai akan dikembalikan kepada penentang untuk serahan satu salinan kepada Pihak Yang Menuntut.

Pihak yang menuntut yang telah menerima Borang 2 daripada penentang hendaklah membuat pembelaannya kepada tuntutan balas penentang (jika ada) dalam Borang 3 yang boleh didapati secara percuma daripada pejabat Tribunal;

BORANG 3

Borang 3 hendaklah difailkan dalam 4 salinan di pejabat Tribunal yang berkenaan dalam masa 14 hari dari tarikh pihak yang menuntut menerima Borang 2. Tiada fi pemfailan bagi Borang 3.

Borang 3 akan didaftarkan, ditarikhkan, ditandatangani dan dimeterai dengan meterai Tribunal oleh Setiausaha Tribunal dan 2 salinan Borang 3 yang telah dimeterai akan dikembalikan kepada Pihak Yang Menuntut untuk diserahkan satu salinan kepada penentang.

Perhatian:

Borang-Borang 1, 2, 3 dan 12 boleh juga didapati melalui laman web : www.kpdnhep.gov.my atau https://ttpm.kpdnhep.gov.my

Panduan/Senarai Semakan mengenai cara pengisian Borang 1, 2, 3 dan 12 boleh juga didapati daripada Pejabat Tribunal.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh ikuti saluran-saluran berikut:

 sila rujuk di pautan berikut: https://www.kpdnhep.gov.my/ms/kepenggunaan/hak-pengguna/tribunal-tuntutan-pengguna-malaysia/latar-belakang-tribunal.html

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

No.13, Aras 5 (Podium 2),
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia.
Telefon: 03 – 8882 5822
Faks: 03 – 8882 5831
Laman web: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

Sumber Gambar DISINI

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Sila Share Artikel Ini Dahulu Kepada Rakan Anda yang Belum Tahu!

X