mySIKAP JPJ adalah salah satu portal Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia selain daripada portal rasmi mereka.Portal ini dibangunkan untuk memudahkan urusan ramai secara online tanpa perlu bersesak-sesak di kaunter yang berdekatan dengan anda seperti sebelum-sebelum ini terutamanya semasa pkp / pkpb.
Terdapat banyak manfaat apabila anda mendaftar sebagai pengguna MySikap.Bukan sahaja anda boleh renew lesen tetapi anda juga boleh melakukan pelbagai perkhidmatan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.
mySIKAP merupakan salah satu portal rasmi secara online yang di kendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Antara transaksi yang boleh dilakukan secara online di Portal MySIKAP adalah seperti berikut:
Kenderaan : Melihat dan menguruskan transaksi kenderaan seperti memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM), memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu, pindah milik sukarela, membatalkan pendaftaran kenderaan untuk berpindah ke negara lain serta kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.
Lesen Memandu : Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa, rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh, penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia, kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda.
Kesalahan dan Penalti : Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian. Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.
Pengurusan Profil : Pengemaskinian butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan.
Perkhidmatan Lain : Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj, kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan puspakom.
Syarat Pendaftaran mySIKAP
Berikut adalah syarat Pendaftaran:
Pendaftaran dibuka kepada orang awam yang mempunyai MyKad (Warganegara Malaysia), MyPR (Penduduk Tetap Malaysia), Paspot (Warga asing), Agensi (Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Kerajaan) – Tempatan atau asing dengan nombor pendaftaran yang diiktiraf;
Bagi pemegang MyKad, MyPR dan Paspot , anda haruslah berumur 16 tahun ke atas dan telah mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) rekod transaksi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Contoh transaksi – anda mempunyai saman atau notis, mempunyai lesen memandu yang sah, mempunyai rekod kenderaan yang sah dah sebagainya; dan
Pendaftaran Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Kerajaan melibatkan sektor awam atau asing yang mempunyai nombor pendaftaran yang diiktiraf dengan tarikh luput sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh tarikh pendaftaran.
Anda juga boleh baca: JPJeQ:Cara Daftar No Giliran Untuk Temujanji JPJ
Cara membuat pendaftaran mySIKAP JPJ
Sebelum anda membuat transaksi di portal mySIKAP .Anda perlu mendaftar id dahulu
Terdapat dua kategori pengguna awam iaitu:
PERSENDIRIAN
Pengguna yang terdiri daripada orang persendirian yang akan hadir ke kaunter JPJ untuk mendaftarkan ID mereka. Nombor Rujukan akan dijana di kaunter dan diserahkan kepada pengguna;
Nombor rujukan boleh juga dijana secara online untuk eID Awam
Terdapat 2 tahap capaian* iaitu
eID Standard (tanpa cap jari, boleh daftar online)
eID Advanced (perlu cap jari di kaunter)
SYARIKAT
Pengguna yang merupakan wakil daripada syarikat/pertubuhan/perbadanan yang akan mendaftarkan id mereka secara atas talian dan Nombor Rujukan akan dihantar melalui emel. Seterusnya, pengguna akan hadir ke kaunter JPJ dengan membawa No. Rujukan dan dokumen sokongan untuk pengesahan.
Antara kedua ini, perbezaan ketara di menu kenderaan di mana transaksi yg dibenarkan seperti berikut :
eID awam standard
renew lesen online / roadtax
beli no running semasa
id awam advance
renew lesen online / roadtax
beli no running semasa
salinan rtax
tukar nama pemilik
tukar nama pembeli
belian maklumat kenderaan
Transaksi yang boleh dilakukan oleh pengguna eID awam Standard dan eID awam Advance
Pendaftaran untuk Orang Awam Persendirian
Berikut adalah langkah-langkah pendaftaran untuk Orang Awam Persendirian:
Masukan ID Pengguna dan Kata LaluanSementara yang diberikan melalui e-mel
Masukkan Kata Laluan Sementara, Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu untuk setkan password baru
Pilih Soalan Sekuriti mengikut keutamaan
Masukkan jawapan pada semua soalan sekuriti
Klik Simpan. Selesai.
Pendaftaran untuk Syarikat
Pendaftaran Syarikat ialah bagi kategori pengguna daripada syarikat, pertubuhan atau perbadanan yang akan hadir ke kaunter JPJ dengan membawa No. Rujukan dan dokumen sokongan untuk pengesahan oleh kakitangan kaunter.