Sememangnya setiap orang mesti ada pinjaman rumah atau kereta dan sudah pun membuat pembayaran sudah bertahun lama.Sudah tentu anda ingin tahu berapa baki yang tinggal setelah sekian lama anda membuat pembayaran.
Tahukah anda boleh semak Online Baki Pinjaman Rumah/Kereta jika anda menggunakan Public Bank?Ikuti langkah-langkah yang akan kami kongsikan di bawah.Tidak perlu beratur panjang di Bank untuk semak baki loan anda lagi atau bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan Public Bank lagi.
Selain itu selain cara ini,anda juga boleh buat semakan dengan Semak Laporan kredit CCRIS
Perkara Penting untuk semak Online Baki Pinjaman Public Bank
Untuk membuat semakan loan anda,anda perlu mempunyai dua benda penting ini iaitu :
- Nombor akaun loan anda
- Note number loan tersebut
Hubungkan Akaun loan dengan Akaun Public Bank anda
Untuk anda link kan kedua-dua akaun ini anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:
1. Login ke akaun PBE Bank (https://www.pbebank.com) dan klik “Profile Maintenance”
2. Klik “Manage Profile”
3. Kemudian klik “Add / Delete Account”
3. Pilih jenis akaun sama ada Hire Purchase untuk kereta atau Loans untuk rumah
4. Masukkan maklumat penting yang kami nyatakan di atas seperti:
- kad pengenalan
- Nombor akaun loan anda
- Note number loan tersebut
Nota: Anda boleh buat rujukan setiap pembayaran melalui sejarah transaksi di akaun anda setelah anda dah hubungkan semua.
Baca juga: Kad ATM Maybank: Cara Tukar Online Kad Rosak Atau Dah Tamat Tempoh
5. Kemudian request PAC dan semua ready!
Senang sahaja kan,lepas ni anda boleh semak terus di aplikasi PB anda untuk sebarang transaksi pembayaran untuk pinjaman anda.Jika anda mempunyai kad kredit Public Bank anda juga boleh ikuti langkah di atas untuk menghubungkan akaun anda.