Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Panduan permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) untuk tanah sendiri

0 3,100

Anda mempunyai tanah sendiri?Bercadang untuk membina rumah di tanah sendiri.Berita baik untuk anda,Kerajaan kini menyediakan Skim Pinjaman Perumahan bagi golongan B40 yang ingin membina rumah di tanah sendiri

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) ini bertujuan membantu kepada mereka yang berpendapatan rendah bagi memiliki rumah pertama sendiri.

Syarat dan Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat permohonan:

1.Syarat Kelayakan Permohonan
  1. Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 hingga 70 tahun
  3. Bekerja dan mempunyai pendapatan
  4. Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
  5. Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
  6. Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan
  7. Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat
2.Syarat Pinjaman
  1. Had Pinjaman Maksimum RM60,000.00 (tidak termasuk perlindungan insuran)
  2. Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
  3. Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman.
  4. Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina
3.Syarat Pinjaman Generasi Kedua
  1. Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur 45 tahun hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 hingga 35 tahun, berpendapatan minimum RM1000.00 dan bukan kakitangan kerajaan.
  2. Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja
  3. Generasi ke-2 mestilah anak kandung kepada pemohon
4.Syarat Cagaran Tanah

Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.
Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.

Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut;

Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun.
Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri

5. Syarat Pembinaan Rumah
  • Rumah kos rendah – keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
  • Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
  • Pemohon TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri
  • Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
  • Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut:-
  • Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN;
  • Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah;
  • Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000
  • Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan anda boleh muat turun borang permohonan melalui pautan di bawah

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh rujuk saluran di bawah.

Penghantaran Borang SPP yang telah lengkap diisi, sila rujuk kepada :-

Cawangan Pembiayaan Perumahan
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan TempatanAras 30, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62100 Putrajaya
MALAYSIA

Portal Rasmi Jab Perumahan Negara

No Telefon, Fax & Emel

  • Tel : 03-8891 4060, 4049, 4048
    Faks: 03-8891 4269
    Emel: spp@kpkt.gov.my

Semoga berjaya membuat permohonan dan dapat capai impian anda untuk membina rumah di tanah sendiri

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via