Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Cara Solat Jamak Dan Qasar?Jika anda jenis yang suka travel ke sana sini dan bermusafir lebih 2 marhalah kita diberi kelonggaran untuk menjamak (menghimpun) dan mengqasar (memendekkan) solat.
Perkara ini disebut sebagai rukhsah (kemudahan).Islam itu senang sahaja tidak membebankan umatnya.
Jika bermusafir lebih daripada dua marhalah (92km) yang berkemungkinan akan mengalami masalah untuk berhenti dan singgah untuk sembahyang.
Solat jamak dan qasar adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah SWT kepada hamba-Nya bagi orang musafir dengan jarak melebihi dua marhalah.

Qasar pula bermaksud memendekkan solat.
Solat qasar bermaksud memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat.
Solat Qasar juga boleh digabungkan dengan Jamak, iaitu dengan memendekkan jumlah rakaat serta menghimpun solat-solat tersebut.

Jamak bermaksud menghimpunkan.
Dalam hal solat, ia bermaksud menghimpunkan dua waktu solat fardu dengan melakukannya dalam satu waktu.
Contohnya:
Solat Jamak terbahagi kepada 2:
i) JAMAK TAKDIM
iI) JAMAK TA’KHIR

Mesti ramai yang masih tertanya mengenai masalah ini kan?
Menurut JAKIM, tempoh dibolehkan Jamak dan Qasar adalah 3 hari 3 malam, tidak termasuk hari datang dan hari pulang.
TETAPI, jika seseorang berniat tinggal di suatu tempat selama 4 hari atau lebih, maka TIDAK BOLEH QASAR dan JAMAK ketika sampai di tempat itu kerana sudah dikira bermukim.
Namun, ketika masih dalam perjalanan, tiada had hari yang tetap, dibolehkan qasar dan jamak sehingga sampai ke destinasi musafir.

ZOHOR – ASAR
“Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah SWT.”
“Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Zohor tunai kerana Allah SWT.”

MAGHRIB – ISYAK
“Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah SWT.”
“Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah SWT.”
ASAR – ZOHOR
“Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Zohor tunai kerana Allah SWT.”
“Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah SWT.”
ISYAK – MAGHRIB
“Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah SWT.”
“Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah SWT.”
Panduan video boleh dirujuk disini:
Sebagai kesimpulannya,terdapat rukshah solat jika kita mempunyai masalah untuk solat ketika bermusafit.Dengan panduan ini,diharapkan kita dapat mengerjakan solat walaupun di mana sahaja kita berada.