Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kadar Zakat Fitrah 2026 ditetapkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri berdasarkan nilai satu gantang Baghdad beras yang dimakan oleh majoriti penduduk Islam di negeri masing-masing.Semua umat Islam yang cukup syarat wajib membayar Zakat Fitrah
Umat Islam dinasihatkan supaya membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Umat Islam dinasihatkan supaya membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.
كُنَّا نُخْرِجُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ طَعَامٍ. وَقَالَ أَبُو سَعِيدٍ وَكَانَ طَعَامَنَا الشَّعِيرُ وَالزَّبِيبُ وَالأَقِطُ وَالتَّمْرُ
Maksudnya: “Pada zaman Rasulullah SAW kami mengeluarkan zakat fitrah pada hari raya sebanyak segantang makanan. Gandum, kismis, keju dan tamar ialah makanan kami.”
Riwayat al-Bukhari (1439)
Ukuran gantang yang digunakan oleh Rasulullah SAW menyamai 4 cupak. Kadar ini menyamai sukatan 3 liter, iaitu bersamaan kira-kira 2400 garam. Mengikut sukatan segantang dikira dengan gram ialah 2750 gram.
Sekiranya gandum ialah makanan asasi penduduk di negara kita, maka zakat fitrah yang wajib atas setiap individu adalah sebanyak 3 liter.

Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
Carian berkaitan:
Cara Tukar Status Akaun Tabung Haji Kanak-Kanak Ke Status Dewasa
Daftar THiJARI:Pendaftaran Dan Semakan Online Penyata Tabung Haji
Cara Daftar Haji Online Melalui Akaun THiJARI Untuk Diri Sendiri Dan Anak
Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:
Pembayaran boleh di buat pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.
Hukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal bulan Ramadan atau pertengahannya ada beberapa pendapat:
*Sumber: Mufti WP
Berikut adalah kadar Zakat Fitrah yang di kenakan setiap negeri sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri dan Pautan untuk bayar online :
| Negeri | Kadar Minimum / Wajib | Kadar Lain (Galakan) |
|---|---|---|
| Johor | RM8.00 | RM10.00, RM20.00 |
| Pulau Pinang | RM10.00 | RM15.00, RM25.00 |
| Kelantan | RM10.00 | RM22.00 |
| Melaka | RM8.00 | RM15.00, RM22.00 |
| Wilayah Persekutuan | RM8.00 | RM15.00, RM25.00 |
| Sabah | RM7.50 | RM15.00 |
| Negeri Sembilan | RM7.50 | RM12.00, RM20.00 |
| Selangor | RM8.00 | RM16.00, RM25.00 |
| Perlis | RM9.00 | — |
| Pahang | RM8.00 | RM14.00, RM21.00 |
| Perak | RM10.00 | RM16.00, RM25.00 |
| Sarawak | RM7.50 | — |
| Kedah | RM9.00 | RM15.00, RM23.00 |
| Terengganu | RM10.00 | RM20.00 |
NOTA: Kadar minimum/wajib ialah kadar asas yang perlu dibayar, manakala kadar lain ialah kadar galakan berdasarkan jenis atau harga beras yang dimakan.

Sumber infografik : Jabatan Wakaf Zakat & Haji
Pembayaran online boleh melalui rujukan link di bawah:
Kaedah Bayaran Online (Semua Negeri)
| # | Platform | Cara | Link |
|---|---|---|---|
| 1 | Touch ‘n Go eWallet | My Favourite → More → Speciality Services → Zakat → Pilih Negeri | tngd.net |
| 2 | MyEG | Zakat → Calculate & Pay → Pilih Negeri | myeg.com.my |
| 3 | SnapNPay / Tulus | Home → Zakat → Pilih Negeri | snapnpay.my |
| 4 | JomPAY | Masukkan Biller Code negeri masing-masing | jompay.com.my |
| 5 | Bank Muamalat (DuitNow QR) | i-Muamalat → DuitNow QR → Scan QR → Bayar | muamalat.com.my |
| 6 | MAE (Maybank) | Bills → Zakat → Pilih Negeri | maybank2u.com.my |
Portal Rasmi Zakat Fitrah Online Setiap Negeri
| # | Negeri | Portal / Nama | Pautan Rasmi |
|---|---|---|---|
| 1 | Johor | Zakat Johor Online Payment | fitrah.maij.gov.my |
| 2 | Johor | Aplikasi Tulus | bayarzakatjohor.com |
| 3 | Kedah | Portal Lembaga Zakat Negeri Kedah | zakatkedah.com.my |
| 4 | Kelantan | E-FITRAH MAIK | efitrah.e-maik.my |
| 5 | Melaka | Zakat Melaka (iZakat) | izakat.com |
| 6 | Negeri Sembilan | e-Payment eFitrah MAINS | mains.gov.my |
| 7 | Pahang | eZakat MUIP | ezakat.muip.gov.my |
| 8 | Perak | eZakat MAIAMP | ezakat.maiamp.gov.my |
| 9 | Perlis | Portal Bayaran MAIPs | digital.maips.gov.my |
| 10 | Pulau Pinang | Portal Zakat Pulau Pinang | zakatpenang2u.com |
| 11 | Sabah | Apps Zakat Sabah | appszakat.sabah.gov.my |
| 12 | Sarawak | Tabung Baitulmal Sarawak | tbs.org.my |
| 13 | Selangor | ezakatPAY Selangor | fpx.zakatselangor.com.my |
| 14 | Terengganu | ePay@MAIDAM | epay.maidam.gov.my |
| 15 | W.P. Kuala Lumpur | Fitrah Online PPZ-MAIWP | fitrah.zakat.com.my |
Setiap pembayar zakat hendaklah memilih kadar zakat sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan asasi masing-masing.
Contohnya umat Islam di Negeri Melaka menjadikan makanan hariannya iaitu beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7. Manakala kadar RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya.
Umat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.
1. Bila waktu bayar Zakat Fitrah?
2. Boleh bayar zakat fitrah untuk orang lain?
Ya, suami wajib bayar untuk isteri dan anak-anak di bawah tanggungannya. Anak yang bekerja pula boleh pilih bayar sendiri atau biarkan bapa bayarkan.
3. Sah ke bayar zakat fitrah secara online?
Ya, SAH. Syarat sah zakat hanya 2 — Niat dan Berlaku perpindahan harta. Lafaz akad adalah sunat sahaja, bukan syarat wajib.
4. Bayar di tempat kerja atau kampung?
Boleh bayar di mana-mana semasa waktu sunat. Jika sudah tiba waktu wajib, bayar di tempat kamu berada ketika itu.
5. Asnaf miskin perlu bayar ke?
Ya, tetap wajib selagi mampu menyediakan makanan pada malam dan pagi raya untuk diri dan keluarga. Jika benar-benar tidak mampu, barulah gugur kewajipan.
6. Terlupa bayar, boleh qada?
Boleh dan wajib dibayar (qada) sebaik teringat, walaupun sudah lepas 1 Syawal. Namun ia dikira berdosa kerana melewatkan kewajipan.
7. Bayi baru lahir malam raya perlu bayar?
Ya, wajib dibayar oleh bapanya jika bayi lahir sebelum terbenam matahari 1 Syawal (waktu wajib).
8. Kenapa kadar berbeza antara negeri?
Kadar berbeza kerana bergantung kepada harga beras semasa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama (MAIN/MAIK) setiap negeri. Kadar dikira bersamaan dengan 2.7 kg beras per orang.
9. Cara bayar Zakat Fitrah online?
10. Anak perempuan bekerja, siapa yang bayar?
Anak perempuan yang sudah bekerja dan berdikari dianjurkan bayar sendiri. Namun jika masih dalam tanggungan bapa, bapa boleh bayarkan bagi pihaknya.