Panduan Solat Sunat Dhuha Beserta Doa Dhuha Lengkap (JAKIM)
Solat Sunat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang dituntut(solat sunat muakkad) untuk di lakukan bagi setiap umat islam.
Biasanya solat sunat ini dilakukan waktu pagi di antara waktu solat subuh dan zohor.Solat sunat ini dilakukan untuk menghapuskan dosa dan supaya murah rezeki.Banyak nas yang menyebut mengenai perkara ini.
Ini antara seperti yang disebutkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata:
Kekasihku telah berpesan kepadaku terhadap tiga perkara. (Iaitu) berpuasa sebanyak tiga hari dalam sebulan, dua rakaat solat dhuha, dan supaya aku melakukan solat witir sebelum aku tidur.— Riwayat Muslim
Di bawah kami sediakan panduan lengkap dari JAKIM Cara mengerjakan Solat sunat Dhuha dan doa Dhuha untuk panduan semua.
Waktu Terbaik Solat Dhuha
Dhuha ” (الضحى) bermaksud “Waktu Pagi” atau “Cahaya Pagi”
Solat Sunat ini biasanya di lakukan bermula daripada terbitnya matahari (selepas waktu syuruk) sehingga sebelum tergelincir matahari.
Waktu terbaik untuk Solat Sunat Dhuha ialah ketika pasir menjadi panas disebabkan matahari sudah mulai terpancar terik.
Solat Dhuha yang dilakukan pada waktu ini disebut sebagai Solat Awwabin.
Ini berdasarkan hadis
صَلَاةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمِضُ الفِصَالُ
Maksudnya: Solat Awwabin ialah solat yang dilakukan ketika pasir (di tanah lapang) menjadi panas (kerana matahari sudah terik).
Bilangan Rakaat
Dilakukan dua rakaat paling sedikit, kemudian seterusnya empat, enam, lapan sehingga 12 rakaat paling banyak.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah,bilangan rakaat paling afdhal bagi Solat Sunat Dhuha adalah sebanyak 8 rakaat, berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ bin Abi Thalib R.Anha beliau berkata :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ الْفَتْحِ صَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ يُسَلِّمُ مِنْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ
Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melaksanakan solat dhuha pada hari Fathu Makkah (pembukaan kota Makkah) sebanyak lapan rakaat yang mana baginda memberi salam setiap kali selepas dua rakaat.
Riwayat Abu Daud (1290)
Imam Al-Nawawi berkata : Para ashab kami dan jumhur ulama berdalilkan dengan hadis ini dalam menyatakan istihbab (galakan) melakukan Solat Sunat Dhuha sebanyak lapan rakaat.
Boleh juga baca: Qiamullail (Solat Tengah Malam)–Panduan Dari JAKIM
Cara solat Sunat Dhuha dan Doa Dhuha
Berikut adalah cara solat sunat tersebut dilakukan melalui facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM dan beberapa sumber lain:
. Lafaz Niat
أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَي رَكْعَتَين ِللهِ تَعَاليَ
(Usollii sunnatadh-dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa.)
Ertinya: ”Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala.”
2. Membaca Surah Al-Fatihah
Setelah takbiratul ihram, baca surah al-Fatihah seperti biasa.
3. Membaca Surah
Ringkasnya, kita boleh membaca mana-mana surah yang dihafal dalam semua solat sunat.
Namun antara surah-surah yang dianjurkan ulama dalam solat dhuha ialah:
- Ayat Kursi (Rakaat Pertama) dan Al-Ikhlas (Rakaat Kedua) atau;
- As-Syams (Rakaat Pertama) dan Ad-Dhuha (Rakaat Kedua) atau;
- Al-lail (Rakaat Pertama) dan Al-Insyirah (Rakaat Kedua).
Kemudian solat diteruskan seperti biasa sehingga cukup 2 rakaat.
4. Bacaan Semasa Sujud Akhir
Pada sujud akhir sebelum tahiyat akhir, boleh dibacakan zikir berikut:
Wahab Li Ya Wahhab Ilman Wa Hikmatan War Zurqni Ya Razzaq Kulli Musahala
Ertinya: Berikanlah kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah. Dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki. Jadikanlah ia mudah bagiku.
5. Zikir & Doa Dhuha
Akhir sekali, selepas memberi salam dan melengkapkan bilangan rakaat yang diingini, ucapkanlah istighfar.
Ini menurut hadis sahih dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata bahawa Rasulullah SAW, di mana diriwayatkan selesai solat Dhuha, baginda membaca doa Dhuha / mengucapkan,
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ
“Allahummagh fir lii wa tub ‘alayya, innaka antat tawwabur rahiim”
Ertinya: Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) sampai baginda membacanya seratus kali.
(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadis ini sanadnya sahih.)
Kita juga boleh membacakan doa dhuha ini:
اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ،
وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ،
وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ،
وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ،
وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ.
اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقَى فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ
وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ
وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ
وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ
وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ
بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ
آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
Ertinya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Kelebihan Solat Sunat Dhuha berdasarkan hadis
Solat ini merupakan solat sunat yang dituntut d
i. Diwasiatkan oleh Nabi SAW
Nabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan solat Dhuha ini:
أَوْصَانِيْ خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” [Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]
ii. Menyamai Sedekah Terhadap 360 Sendi
Antara kelebihan solat Dhuha yang lain adalah dua rakaat solat Dhuha menyamai kita telah melaksanakan sedekah terhadap 360 sendi di dalam badan kita.
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Daripada Abi Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ، فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ، وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ، وَنَهْيٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ، وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى
Maksudnya: “Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat Dhuha.” [Riwayat Muslim (720)]
iii. Diberi Kecukupan
Daripada Nu’aim bin Hammar RA, bahawa Nabi SAW meriwayatkan daripada Allah SWT, firman Allah SWT:
يَا ابْنَ آدَمَ، لَا تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ، أَكْفِكَ آخِرَهُ
Maksudnya: “Wahai anak Adam! Janganlah kamu tinggalkan untukku 4 rakaat pada awal siangmu. Nescaya aku akan cukupkan bagimu di akhir siangmu.”
[Riwayat al-Tirmizi (475) dan Abu Daud (1289)][Hadith ini dinilai hasan gharib oleh Imam al-Tirmizi. Adapun Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai sahih kerana perawi-perawinya adalah thiqah]
Akhir Kata
Semoga kita dapat sama-sama melaksanaka dan merebut peluang ini sementara masih sihat tubuh badan.
Yang penting adalah niat ikhlas untuk mendekatkan diri kepada Allah dan melaksanakan solat ini dengan penuh khusyuk.