Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Taska berdaftar pasti menjadi pilihan ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka.TASKA atau Taman Asuhan Kanak-Kanak diwujudkan bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan serta perkembangan kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah.
Terdapat beberapa jenis TASKA yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dimana pelbagai syarat dan kriteria yang di wujudkan untuk memenuhi standard serta kualiti yang di tawarkan.Perkara ini perlu untuk menjaminkan kesejahteraan dan keselamatan anak-anak
Ini merujuk kepada taman asuhan kanak-kanak yang diberikan kelulusan atau pendaftaran oleh agensi atau pihak berkuasa yang berkaitan dalam sesuatu negara. Biasanya, taska berdaftar diawasi dan dikawal oleh pihak berkuasa tempatan atau agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan, kualiti, dan pematuhan terhadap standard yang ditetapkan untuk penjagaan dan pendidikan kanak-kanak.
Kelebihan taska berdaftar adalah pemilik dan pengendali taska dikehendaki mematuhi garis panduan, peraturan keselamatan, dan standard pendidikan tertentu. Ini bermakna kanak-kanak yang dijaga di taska tersebut biasanya akan mendapat perkhidmatan yang lebih berkualiti dan selamat. Selain itu, ibu bapa boleh merasa lebih yakin dan tenteram dalam meninggalkan anak-anak mereka di taska berdaftar.
Dalam sesetengah negara, taska berdaftar mungkin juga memenuhi syarat untuk menerima bantuan kewangan daripada kerajaan atau agensi kerajaan yang berkaitan untuk membantu dengan operasi harian dan perkembangan kanak-kanak. Ini dapat membantu meringankan beban kewangan bagi ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke taska.
Mengikut perkongsian dari Jabatan Kebajikan Malaysia, terdapat 4 kategori TASKA iaitu :
. TASKA Institusi
2. TASKA di Tempat Kerja
3. TASKA Komuniti
4. TASKA Di Rumah
TASKA KEMAS juga adalah satu lagi pusat jagaan kanak-kanak yang kredibilitinya di percayai ibu bapa.
Boleh juga baca: Permohonan Bantuan Kanak-Kanak Dan Keluarga JKM
Anda boleh semak senarai taska yang berkenaan melalui pautan link di bawah:
Melalui laman web rasmi KEMAS, harga yuran Taska KEMAS boleh dirujuk seperti di bawah:

Untuk kadar yuran terkini bagi TASKA Komuniti,TASKA di Tempat Kerja ,TASKA Institusi dan TASKA di Rumah boleh rujuk di tempat anda atau pusat TASKA terdekat anda
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Terdekat
Jabatan Kebajikan Malaysia (Kanak-Kanak)
Pusat TASKA berhampiran