Qiamullail (Solat Tengah Malam)–Panduan dari JAKIM
Panduan Qiamullail dikeluarkan oleh Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memudahkan orang Islam di Malaysia melakukan ibadah solat malam (Qiyamullail) dengan sempurna bersandarkan kepada sumber-sumber yang sahih dan benar
Qiamullail ialah satu amalan sunat yang bererti ‘bangun malam’ iaitu bangun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah SWT.
Amalan Qiamullail bukanlah satu perkara baru, bahkan ianya merupakan ibadat yang sudah menjadi darah daging atau amalan para rasul, nabi-nabi, orang soleh dan alim ulama sejak dahulu lagi.
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
Surah al-Isra’ Ayat 79
Apakah itu Qiamullail ?
Qiamullail merupakan bangun malam dan beribadat kepada Allah.Dari sudut bahasa, ‘Qiam’ bermaksud berdiri, manakala ‘Al-Lail’ maksudnya malam.
Banyak ayat al-quran dan hadith menerangkan kelebihan menunaikan solat pada waktu tengah malam.
Amalan bangun pada tengah malam merupakan amalan sunat yang sangat tinggi ganjarannya dari Allah SWT.
Amalan ini boleh dikerjakan secara persendirian atau bersama anak isteri di rumah ataupun secara berjemaah sama ada di masjid atau di surau.
Jika dikerjakan secara persendirian atau bersama keluarga bolehlah dikerjakan di rumah sahaja.
Waktu yang sebaik-baik bangun ialah sepertiga akhir malam (kira-kira jam 3-00 pagi).
Setelah kita bangun dan mengambil wuduk lalu terus mengerjakan sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat atau lebih dan mengerjakan sunat lain seperti sunat Tasbih, sunat Taubat, sunat Hajat dan sunat Witir.
Boleh juga baca: Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Kelebihan Qiamullail
Berikut adalah kelebihan bangun malam:
- Dapat menyucikan jiwa dan keuatan rohani
- Mendekatkan diri kepada Allah
- Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
- Memudahkan perjalanan menyeberang siratulmustaqim
- Saat mustajab untuk doa dikabulkan
- Memberi kesihatan baik
Amalan sunat Qiamuallail
Berikut adalah amalan sunat pada waktu satu pertiga malam:
- Sembahyang Sunat Awwabin
- Sembahyang Sunat Tahajjud
- Sembahyang Sunat Hajat
- Sembahyang Sunat Taubat
- Sembahyang Sunat Tasbih
- Sembahyang Sunat Witir
- Membaca al-Quran
- Zikir
Bagi memudahkan anda menunaikan ibadah Qiamullail dengan sempurna, boleh Muat turun Panduan dari JAKIM DISINI
Panduan ini mengandungi niat solat sunat, bacaan surah, zikir dan pelbagai lagi nota berkaitan Ibadah ini