Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Cara tukar Status Akaun Tabung Haji Kanak-Kanak Ke status Dewasa

0 558

Anda sudah tukar status Akaun Tabung Haji anda jika sebelum ini kanak-kanak ke status akaun dewasa?Untuk makluman anda,TH memberi saranan kepada semua pendeposit TH dimana yang telah mencapai umur 18 tahun tetapi masih memegang Akaun Kanak-Kanak di bawah jagaan untuk bertukar status kepada Akaun Dewasa.

Orang ramai terutama ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas perlu membuat penukaran status agar akaun tidak dibekukan dan tidak timbul kesulitan di masa akan datang.

TH mengambil langkah ini bagi memastikan semua akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit itu sendiri dan rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut dikemaskini.Pengarah Eksekutif Operasi, Mustakim Mohamad berkata, “Hampir 700 ribu pemegang Akaun Kanak-Kanak di TH yang melebihi umur 18 tahun telah dikenal pasti. Bermula 1 Disember 2021, pemegang Akaun Kanak-kanak yang telah menukar status akan mentadbir akaun masing-masing dengan sendirinya.

Maklumat pembekuan akaun TH

Untuk makluman,Akaun Tabung Haji yang melebihi had umur kanak-kanak iaitu 18 tahun akan dibekukan dan dilarag untuk melakukan sebarang transaksi.Tambahan lagi status link antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan.

Namun transaksi untuk membuat penyimpanan masih boleh di lakukan melalui JomPay dan THiJARI.Langkah ini di ambil bagi memastikan semua akaun pendeposit yang berumur 19 tahun ke atas di kawal sendiri dan rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut dikemaskini

Terkini,tempoh penukaran status akaun kanak-kanak Tabung Haji (TH) kepada akaun dewasa yang sepatutnya berakhir 1 Disember ini dilanjutkan hingga 1 Mei depan.

Pendeposit perlu memastikan akaun TH kekal berstatus aktif untuk terus menikmati manfaat menyimpan di institusi itu termasuk simpanan dijamin kerajaan, menerima agihan keuntungan, pengecualian cukai pendapatan selain boleh menyertai pelbagai kempen anjuran TH

Boleh juga baca: Daftar THiJARI:Pendaftaran Dan Semakan Online Penyata Tabung Haji

Cara membuat penukaran status Akaun Tabung haji dari kanak-kanak ke dewasa

Untuk membuat sebarang pertukaran status,ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun anak-anak yang berumur 18 tahun ke atas hendaklah hadir bersama-sama ke kaunter TH di cawangan yang berdekatan untuk membuat penukaran status segera.

Kaunter TH di buka dari  hari Isnin sehingga Jumaat.Waktu operasi Tabung Haji bermula dari Isnin sehingga Khamis adalah dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang dan Jumaat bermula jam 9.30 pagi hingga 12.15 petang.

Boleh juga baca: Cara Daftar Haji Online Melalui Akaun THiJARI Untuk Diri Sendiri Dan Anak

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui medium berikut:

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Sila Share Artikel Ini Dahulu Kepada Rakan Anda yang Belum Tahu!