Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Cara daftar haji online melalui akaun THiJARI untuk diri sendiri dan anak

0 1,855

Dah Daftar Haji Online?Tahukah anda dengan kepesatan teknologi yang canggih ini,anda boleh daftar haji secara atas talian sahaja.Tidak perlu beratur di kaunter,hanya di atas talian dengan mendaftar melalui akaun THiJARI dengan mudah.Untuk anak pun boleh daftar sekali.

Bagi membetulkan persepsi ramai orang,jika anda buka akaun Tabung Haji tidak bermakna anda sudah mendaftar Haji Anda perlu daftar Haji secara online atau manual di kaunter Tabung Haji. Ikutkan nak menunggu giliran memamg lama,jadi kita hendaklah daftar dengan cepat supaya tidak terlambat.Boleh ikuti perkongsian kami cara daftar hanya melalui online dengan akaun THiJARI

Syarat Pendaftaran Haji

Sebelum daftar haji,kena semak dulu syarat-syarat untuk daftar.Berikut adalah syarat-syarat untuk daftar:

  1. Mempunyai baki minimum dalam akaun TH sebanyak RM1,300.00.
  2. Tidak pernah menunaikan fardhu haji.
  3. Membawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter-kaunter TH.

Cara Daftar Haji

Sebenarnya terdapat dua cara untuk daftar haji iaitu secara manual dan Online

1.Manual

Pendeposit hendakalah hadir ke kaunter tabung haji yang berdekatan untuk mendaftar

2.Online

Bermula dari 5 Februari 2020, Tabung Haji telah melancarkan platform perkhidmatan digital terbaharu dikenali sebagai “THiJARI” untuk memudahkan para pendeposit TH dengan penyediaan pelbagai kemudahan termasuk semakan baki akaun TH.

Bagi yang mereka mempunyai akaun Tabung haji tetapi tidak mempunyai akaun THiJARI di sarankan untuk daftar sebab banyak kelebihan yang disediakan.

Cara Daftar Haji Online Melalui Akaun THiJARI

Bagi yang dah ada Akaun THiJARI,boleh ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Login ke akaun THiJARI
  2. Pergi ke menu Perkhidmatan Haji (rujuk gambar di bawah)
  3. Klik Pendaftaran Haji
  4. Klik ikon Tambah Pemohon
  5. Isikan butiran anda dalam ruang yang disediakan dengan lengkap.
  6. Buat pengesahan maklumat yang didaftarkan.
  7. Anda akan mendapat notifikasi sekiranya pendaftaran berjaya.
  8. Tahun diperuntukkan untuk pergi menunaikan Haji akan dimaklumkan.

Boleh rujuk gambar di bawah:

daftar haji di akaun THiJARI

Untuk makluman,pendeposit boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji. Rayuan haji juga boleh di buat setelah setelah mendaftar Haji. Surat tawaran dan semakan status tawaran Haji boleh didapati di laman tersebut.

Bagaimana nak buka akaun dan daftar haji untuk anak?

Sebenarnya cara nak buka akaun senang dan yang penting,ibu dan ayah mempunyai Akaun THiJARI .Ikuti langkah-langkah di bawah :

  1. Login akaun THiJARI
  2. Pergi ke menu Pembukaan Akaun Kanak-kanak.
  3. Isi semua maklumat anak-anak.
  4. Selepas selesai mendaftar, pergi aktifkan akaun anak di kaunter Tabung Haji dalam masa 30 hari.
  5. Sila bawa dokumen berikut:
    • 1 salinan dan original surat beranak anak
    • 1 salinan dan original IC ibu / ayah
    • Wang untuk daftar Haji RM1300.00

Untuk gambaran yang jelas,boleh lihat video di bawah:

Berapa Kos haji?

Kos haji merujuk kepada kos-kos langsung pengendalian aktiviti-aktiviti asas jemaah haji yang perlu dikendali dan dibayar oleh TH bagi sesuatu tahun.

Kos langsung Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi, manakala kos langsung jemaah PJH / THTS tidak termasuk kos penginapan dan kos makan minum yang dikendali sendiri oleh PJH / THTS.

Bayaran haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun.

Kategori (Muassasah)Kos HajiTanggungan Kos THBayaran Haji
Warganegara kali pertama menunaikan hajiRM 22,900RM 12,920RM 9,980
Warganegara telah tunai hajiRM 22,900TiadaRM 22,900

TH masih terus menanggung kos haji tidak langsung bagi Jemaah Haji Malaysia secara percuma seperti:

  • Penerbitan buku dan risalah panduan haji,
  • Kursus-kursus haji,
  • Petugas haji kebajikan dan perubatan,
  • Kos berkaitan operasi haji di tanah air;
  • Perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia; dan
  • Ubat-ubatan.

Bakal haji yang telah terpilih pada tahun semasa adalah layak membuat pengeluaran wang di KWSP.

Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).

Daftar Haji melalui KWSP

Jika nak daftar Haji, simpanan kita dalam akaun tabung haji hendaklah ada sebanyak RM1,300 dahulu sebelum nak daftar.Ini adalah masalah besar bagi sesetengah orang sebab itu bukan jumlah yang kecil

Sebenarnya Pendaftaran Haji boleh dibuatmelalui KWSP dan anda hanya perlu mempunyai RM1,300 di dalam akaun 1 KWSP.Anda boleh rujuk Maklumat daftar melalui KWSP DISINI

Cara buat rayuan Rayuan Haji Online (THiJARI)

Bagi mereka yang sudah mendaftar dan ingin membuat rayuan,proses rayuan boleh dilakukan pada tarikh rayuan yang telah ditetapkan.Berikut langkah-langkah untuk membuat rayuan:

  1. Login ke akaun THiJARI
  2. Klik Perkhidmatan Haji
  3. Klik Rayuan Haji
  4. Klik Rayuan Permohonan Haji
  5. Baca Garis Panduan
  6. Klik ‘Saya Faham’
  7. Sila Pilih Kategori Rayuan Haji
  8. Masukkan No Akaun & No Kad Pengenalan
  9. Klik Berikutnya
  10. Klik Ya / Tidak (Perakuan Istito’ah)
  11. Klik ‘Hantar’
  12. Muat Turun Surat Akuan

Rujuk video di bawah untuk maklumat yang kebih jelas:

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh ke :

  1. Laman web Tabung Haji di pautan berikut: https://www.tabunghaji.gov.my/index.php/ms/haji/maklumat-am/pendaftaran-haji-off
  2. Boleh juga ajukan terus ke telephone melalui  Tabung Haji Contact Centre (THCC) talian +603 – 6207 1919. Faks : +603 – 7728 4959.
  3. E-mail : th-info@lth.gov.
Leave A Reply

Your email address will not be published.

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via