Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Ujian Psikometrik SPA merupakan ujian atau peperiksaan yang wajib di jawab sebagai salah satu syarat untuk mereka yang memohon kerja dengan kerajaan
Untuk makluman,ujian ini merupakan ujian tapisan kedua selepas anda berjaya dari tapisan kelayakan akademik.Jika berjaya ujian tapisan kedua barulah anda layak ke urusan temuduga dan fizikal (Jika Ada)
salah satu dari kaedah yang digunakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk menapis semua calon yang ingin memasuki bidang perkhidmatan awam.
Ujian ini diwajibkan kepada semua calon sebelum dipanggil ke sesi temuduga kerja dan merupakan sebahagian daripada sistem peperiksaan online SPA.
Tiada format yang tetap untuk soalan dan jawapan. Tetapi calon-calon akan diberikan beberapa pilihan jawapan berbentuk objektif.
Manakala pilihan jawapan pula dalam bentuk semudah 2 pilihan jawapan, 3 pilihan jawapan, 4 pilihan jawapan ataupun 5 pilihan jawapan.
Calon calon diberikan masa 1 jam 30 minit untuk menjawab kesemua 199 soalan (jumlah soalan akan dimaklumkan dan mungkin berubah).
Ujian akan bermula tepat pada pukul 9 pagi dan akan berakhir tepat pada pukul 5 petang – calon boleh pilih untuk menjawab mengikut kesesuaian masa masing-masing.
Beberapa perkara di lihat bagi memastikan hanya calon yang benar-benar layak sahaja diambil untuk berkhidmat dalam sektor awam.
Di bawah ini diberikan perkara-perkara penting yang akan dilihat:
Anda juga boleh baca: Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA Online Untuk Lepasan SPM
Sebenarnya tiada markah minima untuk lulus bagi Ujian Psikometrik. Ujian ini bertujuan untuk menguji personaliti calon. Oleh itu tiada jawapan betul atau salah dalam ujian ini.
Tiada markah gagal atau lulus dalam ujian ini kerana yang sebetulnya, lulus atau gagal ujian psikometrik ini dinilai berdasarkan kepada sejauh mana perwatakan seseorang itu dapat memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan.
Berikut adalah contoh-contoh soalan yang bakal di jawab oleh calon yang terlibat:
1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.
2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.
3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.
4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.
5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.
6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.
7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.
8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.
9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.
10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.
11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.
12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.
13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.
14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.
15. Saya mudah berasa bosan.
16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul
17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah
18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.
19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.
20. Member laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah:
Laman web rasmi SPA http://www.spa.gov.my/