e-Pengambilan PDRM.Anda berminat untuk memohon menjadi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)? Berita baik buat warganegara Malaysia yang berminat,Sebuah portal dikenali sebagai Sistem e-Pengambilan PDRM telah diperkenalkan oleh Polis DiRaja Malaysia bagi memudahkan proses permohonan serta mendapatkan maklumat status Eksesais Pengambilan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Hebahan Jawatan Kosong Terkini
AKAN DIMAKLUMKAN JIKA ADA JAWATAN KOSONG TERKINI
Cara Daftar
Untuk daftar boleh ikuti langkah berikut:
- Klik pada butang untuk membuat pendaftaran.
- Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah.
- Tunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.
- Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.
- Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].
- Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].
sila layari aplikasi e-pengambilan PDRM dengan membuka pautan berikut:
Paparan akan memaparkan ruangan log masuk, pendaftaran baharu, pengumuman terkini, skim jawatan dan iklan mengenai jawatan yang dibuka. Untuk membuat permohonan, anda perlu mengikuti langkah-langkah seperti berikut:
- Klik butang pendaftaran baru (jika anda pengguna pertama kali) atau log masuk bagi yang telah mendaftar sebelum ini.
- Pemohon dikehendaki mengisi maklumat diri dengan lengkap dan memuat naik resume anda.
- Sebagai makluman, permohonan yang layak melepasi tapisan oleh PDRM sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
Semakan Skim Jawatan
Pemohon diingatkan untuk melihat pada ruangan iklan bagi memastikan permohonan jawatan yang ingin dimohon telah dibuka atau ditutup.

Cara Log in e-Pengambilan PDRM
Berikut adalah cara log masuk dan isi borang :
- Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan dan Klik pada butang Log
Masuk. - Klik pada menu Maklumat Peribadi, maklumat data peribadi dengan * adalah input wajib. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
- Dalam tab Keluarga, maklumat ibu-bapa adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
- Dalam tab Akademik, maklumat SPM dan PT3/PMR adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
- Dalam tab Ko-Kurikulum, sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum adalah wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
Cara mohon Jawatan Polis e-Pengambilan PDRM
Berikut adalah cara untuk membuat permohonan:
- Klik pada menu Permohonan Polis > Permohanan Baru.
- Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.
- Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan.
- Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
- Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.
- Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
- Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.
Semakan Status Permohonan Polis
Berikut adalah cara untuk membuat semakan permohonan:
Anda hendaklah ‘Log Masuk’ dan klik di ‘Semak Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.
Ikuti langkah-langkah di bawah:
- Klik ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx
- Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
- Status Pengambilan akan dipaparkan.
- Sila cetak surat panggilan tersebut.
Boleh juga baca: Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA Online Untuk Lepasan SPM
Skim permohonan Jawatan Polis Yang Ditawarkan
Senarai skim jawatan Polis DiRaja Malaysia yang ditawarkan di e-Pengambilan PDRM serta maklumat syarat-syarat kelayakan untuk memohon beserta tangga gaji.
Inspektor Polis Gred YA13
Syarat-syarat permohonan jawatan Inspektor Polis Gred YA13 adalah seperti berikut :-
- a) Terdiri dari Warganegara Malaysia;
- b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PhD) pada tarikh pendaftaran permohonan secara online
Kelayakan Akademik
- Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,502.00]
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,646.88]
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,792.63]
- Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]: RM2,938.39
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]
- Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,229.91]
- Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]
- Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,375.67]
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Kelayakan Fizikal
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
- Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).
Tangga Gaji Inspektor Polis YA13
- Gaji Minimum RM 2502.00 – Gaji Maksimum RM 9803.00
- Kadar Gaji Tahunan: RM 230.00
Sarjan Polis gred YA5
Syarat-syarat permohonan bagi jawatan Sarjan Polis gred YA5 adalah seperti berikut :-
- a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;
- b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;
Kelayakan Akademik
- Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [Gaji permulaan ialah pada Gred YA5: RM1,930.00]; dan
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
Kelayakan Fizikal
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
- Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan)
Tangga Gaji Sarjan Polis YA5
- Gaji minimum RM 1930.00 – Gaji Maksimum RM 5801.00
- Kadar Gaji Tahunan RM 150.00
Konstabel Polis gred YA1
Syarat-syarat permohonan bagi jawatan Konstabel Polis gred YA1 adalah seperti berikut:-
- a) Terdiri dari Warganegara Malaysia;
- b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online;
Kelayakan Akademik
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan Dua (2) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain atau;
- Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred ‘C’), mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut;
- a) Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
b) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan;
c) Teknologi Kejuruteraan Awam;
d) Perniagaan;
e) Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau;
f) Teknologi Kejuruteraan Marin - Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau; [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,507.01];
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,573.02].
Kelayakan Fizikal
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
- Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan)
Tangga Gaji Konstabel Polis YA1
- Gaji Minimum RM 1441.00 – Gaji Maksimum RM 4152.00
- Kadar Gaji Tahunan: RM 105.00
Konstabel Polis gred YT1
Syarat-syarat permohonan bagi jawatan Konstabel Polis gred YT1 adalah seperti berikut :-
- a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;
- b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;
Kelayakan Akademik
- Lulus Pentaksiran Tingkatan Tiga /Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: RM1,220.00]
- Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dengan mendapat Gred C dan Lulus sekurang-kurangnya empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.
Kelayakan Fizikal
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
- Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
- Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan)
Tangga Gaji Konstabel Polis YT1
- Gaji minimum: RM 1220.00 – Gaji Maksimum RM 2748.00
- Kadar Gaji Tahunan RM 85.00
Konstabel Polis Orang Asli gred YP1
Syarat-syarat permohonan bagi jawatan Konstabel Polis Orang Asli gred YP1 adalah seperti berikut:-
- a). Terdiri dari Warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli (mengikut tafsiran Akta Orang-orang Asli 1974);
- b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh tutup iklan;
Kelayakan Akademik
- Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YP1: RM1,334.00]; dan
- Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Kelayakan Fizikal
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
- Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja)
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).
Tangga Gaji Konstabel Polis Orang Asli YP1
- Gaji Minimum RM 1334.00 – Gaji Maksimum RM 3003.00
- Kadar Gaji Tahunan RM 85.00
Semoga berjaya kepada pemohon yang membuat permohonan dan selamat berbakti kepada negara kepada semua yang berjaya.
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanju,boleh hubungi melalui medium berikut:
- Help desk 03-22668348 / 8350 / 8351
- Iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/