Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Latihan Separa Perubatan SPA merupakan latihan separa perubatan adalah program pengajian di bawah kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia.Proses tapisan calon yang layak (melibatkan peperiksaan dan sesi temuduga) pula dijalankan oleh pihak SPA.
Untuk pengetahuan semua, pengambilan calon Latihan Separa Perubatan biasanya dilaksanakn sebanyak 2 kali setiap tahun iaitu pada sesi Januari dan Julai. Tempoh sahlaku untuk permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9) adalah selama satu tahun. Calon hendaklah mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut jika tidak berjaya.
Untuk makluman,Elaun sara diri dan penginapan juga di sediakan sepanjang latihan ini.Pelatih juga tidak di kenakan yuran sepanjang menyertai program latihan ini malah pekerjaan juga telah tersedia di mana KKM akan menempatkan anda di Klinik atau Hospital kerajaan untuk bekerja.Menarik kan?
Antara 12 latihan yang ditawarkan untuk program Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil adalah seperti berikut:
Tempoh Latihan Separa Perubatan yang perlu dilalui sebelum bekerja adalah:
Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang perlu anda penuhi sebelum membuat permohonan:
Boleh rujuk syarat kelayakan minimum berdasarkan gambar di bawah:




a. Pemohon yang merupakan calon lepasan SPM:
i. Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
b. Pemohon yang merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat dalam perkhidmatan awam am persekutuan yang layak dipertimbangkan Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
i. Umur tidak melebihi 51 tahun pada tarikh tutup permohonan;
ii. Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
iii. Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).
c. Pemohon yang merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat lain yang dilantik dalam perkhidmatan awam/badan berkanun/pihak berkuasa tempatan
i. Umur tidak melebih 38 tahun pada tarikh tutup permohonan;
ii. Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
iii. Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).
Permohonan boleh di buat secara online di Portal SPA9.Seperti yang kita sedia maklum nama lama untuk SPA9 ialah SPA8i.
Boleh juga baca: Cara Daftar SPA9 untuk mohon kerja kerajaan
Boleh rujuk juga video tutorial di bawah:
Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN Supaya Tidak Terlepas Segala Hebahan. Klik Pautan Di Bawah.
| JOIN TELEGRAM | LINK PAUTAN |
| Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia | PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN |