Semakan dan Permohonan PTPTN 2022 Secara Online
Permohonan PTPTN 2022 sudah pun di buka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan.Bantuan ini adalah untuk pelajar yang kurang berkemampuan dan membolehkan mereka membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Sekali gus, membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.
Tarikh Permohonan PTPTN
Terdapat dua kelompok permohonan yang di buka iaitu :
Permohonan Kelompok 1
- 1 Februari 2022 sehingga 28 Februari 2022
Permohonan Kelompok 2
- 1 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022
Syarat Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
- Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
- Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;
- Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
- Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
- Tiada penaja lain; dan
- Telah membuka akaun SSPN-i**.
NOTA:
**Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.
Boleh juga baca: Cara daftar akaun SSPN online
Untuk pelajar yang ingin membuka akaun Bank Islam sendiri boleh ke pautan berikut: https://vao.bankislam.vom.my/
Cara mohon PTPTN online
Berikut adalah langkah-langkah untuk daftar permohonan PTPTN online:
- Pemohon perlu sediakan surat tawaran kemasukan ke IPT terlebih dahulu
- Pastikan anda sudah membuka akaun SSPN
- Pemohon perlu membeli No. Pin PTPTN yang bernilai RM5.00 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). (No. PTPTN hanya sah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian)
- Pemohon perlu mempunyai akaun bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing.
- Semak tarikh permohonan di atas. Pastikan buat permohonan sebelum tarikh tutup.
- Klik PENDAFTARAN PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN.
- Klik PENDAFTARAN PERMOHONAN PINJAMAN di laman berikut.
- Isi selengkapnya pendaftaran seperti yang diminta sehingga BERJAYA
Boleh rujuk infographic di bawah untuk permohonan pertama kali:
Anda juga boleh baca: Cara Semak Baki PTPTN Online Dan Tunggakan Terkini
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui medium berikut:
- Mesej di massanger Facebook Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
- Nombor telefon Careline: 03 – 2193 3000, Faks: 03 – 2193 1263 atau e-Aduan iCare di portal rasmi PTPTN.
- Alamat surat Menyurat:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN Supaya Tidak Terlepas Segala Hebahan. Klik Pautan Di Bawah.
JOIN TELEGRAM | LINK PAUTAN |
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia | PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN |