Anda boleh Semak Baki PTPTN anda secara online dan boleh tengok brapa tunggakan yang anda terlepas.Senang,sekarang tidak perlu kaunter dan keluar rumah sesungguhnya menjimatkan masa.
Sekarang,Penyata PTPTN online boleh diakses dengan cepat dan mudah melalui Portal Rasmi PTPTN.Bermacam-macam benda boleh kita semak seperti semakan tunggakan, ansuran bulanan dan melihat perincian pinjaman melalui portal ini.
Nak tahu lebih lanjut,jom kami kongsikan panduan bergambar di bawah cara untuk anda buat semakan baki/tunggakan PTPTN anda di bawah
Maklumat Penyata PTPTN online semakan
Penyata PTPN sekarang boleh di akses dengan cepat melalui portal rasmi mereka dan penyata ini memaparkan baki pinjaman terkini anda, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik yang kita dah buat.
Bila masa sahaja anda boleh akses dan cek baki anda tanpa perlu keluar rumah dan ke kaunter PTPTN untuk berurusan lagi-lagi di zaman pandemik ini.
Cara Semak Baki PTPTN anda secara Online
Berikut adalah cara-cara untuk anda semak Penyata PTPTN anda secara online:
1.Layari Portal Rasmi PTPTN dan klik bahagian ‘Semakan Penyata Pinjaman’.
2.Masukkan no kad pengenalan anda.Pastikan isi no kad pengenalan yang betul
Klik semak untuk proses seterusnya.
3.Selepas itu,masukkan kata laluan.
Jika terlupa, klik ‘Lupa Kata Laluan’ untuk mendapatkan kata laluan baru melalui e-mel.
*Bagi pengguna kali pertama, anda perlu menghubungi PTPTN bagi mendapatkan kata laluan sementara yang akan dihantar ke e-mel.
**Untuk mendapat respon yang pantas, anda juga boleh menghantar mesej melalui Facebook Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
4.Setelah anda berjaya login,baki PTPTN anda akan di paparkan melalui dua bahagian iaitu:
- Penyata Baki
- Penyata Baki Terperinci
Penyata baki adalah akan memaparkan transaksi terkini contoh seperti dalam gambar di bawah:
Penyata Baki terperinci pula akan memaparkan semua maklumat akaun pinjaman secara lebih terperinci sebagai contoh boleh tengok gambar di bawah:
Anda boleh cetak penyata ini untuk simpanan anda atau tujuan rasmi.
Cara Mohon Penangguhan bayaran balik PTPTN
Tahukah anda,selain anda boleh buat semakan baki penyata PTPTN ini,anda juga boleh pelbagai perkhidmatan online yang lain
Maklumat tambahan:
Jika peminjam tidak mampu untuk membuat pembayaran buat masa ini kerana tidak bekerja,peminjam boleh dua pilihan iaitu:
1.Memohon Penangguhan bayaran balik PTPTN
Bagi yang ingin memohon penangguhan bayaran balik PTPTN anda boleh membuat permohonan untuk membuat penangguhan bayaran balik PTPTN atas sebab yang munasabah .
Dokumen permohonan yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Surat permohonan rasmi penangguhan atau borang permohonan penangguhan yang boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN.
- Salinan surat tawaran pengajian.
- Salinan surat tawaran penaja baru (jika mendapat tajaan dari penaja lain selain PTPTN/ jika melanjutkan pengajian ke luar negara).
- Surat pengesahan tarikh tamat pengajian dari IPT (jika tiada dalam surat tawaran).
- Sesalinan transkrip dan sijil bagi peringkat pengajian yang telah tamat (jika berkaitan).
Nota:
- Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
- Kos upah tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.
2.Memohon Penjadualan / Penstrukturan Semula Bayaran Ansuran Bulanan
Bagi mengurangkan bebanan ansuran bayaran balik secara bulanan, peminjam juga boleh membuat penjadualan atau penstrukturan semula.
Penjadualan ialah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk menjadualkan semula Jadual Bayaran Balik (JBB) bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.
Penstrukturan pula adalah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk mengubah struktur JBB dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam.
Melalui kaedah ini, tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi melalui saluran berikut:
- Mesej di massanger Facebook Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
- Nombor telefon Careline: 03 – 2193 3000, Faks: 03 – 2193 1263 atau e-Aduan iCare di portal rasmi PTPTN.
- Alamat surat Menyurat:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.