Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Hebahan Permohonan Pendaftaran MySPP 2024 Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti sebelum atau pada 26 April 2024 untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara lantikan Kontrak (Interim) untuk ditempatkan di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Graduan Pendidikan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) sebelum atau pada 26 April 2024 (Jumaat).
Graduan Pendidikan yang telah memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP bagi tempoh 1 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024 TIDAK PERLU membuat pengemaskinian sepanjang tempoh hebahan ini.
Graduan Pendidikan juga TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan selepas daripada tarikh tutup hebahan bermula 27 April 2024 sehingga 1 Jun 2024.
Graduan Pendidikan diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
Hanya Graduan Pendidikan yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP dan keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Permohonan jawatan boleh dibuat di SINI dan Semakan kelayakan serta syarat permohonan boleh dirujuk di sini
Boleh juga baca: Cara Daftar Akaun SPA9 & Dapatkan ID Baru Jika Ada Akaun SPA8i
Bermula 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan iaitu Portal mySPP.
SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.
SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bertindak sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu :
NOTA:
Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan kepada Suruhanjaya berkaitan sesuatu permohonan untuk mendapatkan pekerjaan atau pelantikan adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dihukum penjara selama tempoh dua (2) tahun atau denda dua ribu Ringgit Malaysia (RM2,000) atau kedua-duanya sekali.
Bagi anda yang berminat dan ingin menjadi sebahagian dari ahli MySPP,boleh rujuk di bawah:

Setelah anda klik hantar,email pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar ke alamat e-mel yang anda daftar sebelum ini.Boleh rujuk panduan ralat di bawah jika berlaku error dalan pendaftaran akaun anda:

Seterusnya jika anda berjaya daftar,anda boleh terus log in ke portal MySPP menggunakan MyID dan kata laluan yang anda telah tetapkan.
Setelah berjaya log in,anda boleh guna untu mohon jawatan yang bersesuain dengan anda.Yang paling penting,kena peka dengan iklan hebahan kerja terkini di portal tersebut.
Panduan bergambar di bawah:

Setelah anda berjaya log masuk,ini bermakna anda dah boleh isi borang untuk kerja kosong di portal tersebut.Pastikan anda membaca hebahan iklan terbaru terlebih dahulu sebelum memohon bagi mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.
Cara isi borang SPP online adalah seperti berikut:
Untuk membuat semakan anda boleh klik di pautan “Semakan Permohonan” di https://semakan.spp.gov.my/SemakanPermohonan/semak_papar.php
Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon.
Skrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).
*Dalam perkara ini, SPP menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.
1. Apakah jawatan yang boleh saya pohon di SPP?
– Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
– Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk berkhidmat di mana-mana agensi di bawah KPM iaitu jawatan berikut:
– Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N19;
– Penyelia Asrama Gred N19;
– Pembantu Pengurusan Murid Gred N19;
– Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19;
– Pembantu Makmal Gred C19;
– Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19;
– Pembantu Operasi Gred N11; dan
– Pemandu Kenderaan Gred H11
2. Bilakah dan bagaimanakah saya boleh memohon jawatan tersebut?
Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my
3. Bilakah iklan jawatan kosong SPP akan disiarkan?
SPP tidak mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar mahupun media massa yang lain.
SPP menyiarkan iklan sepanjang masa di portal rasmi mySPP.
Oleh itu, pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki.
Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun.Walau bagaimanapun, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh SPP pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.
4. Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di JobsMalaysia?
Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses tersebut kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPP.
Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah SPP Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian.Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPP bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.
5. Saya telah membuat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia dan SPP telah mengesahkan permohonan jawatan saya, adakah maklumat permohonan jawatan tersebut ada disimpan dalam mySPP?
Ya.
Semua maklumat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia yang telah disahkan permohonan oleh SPP akan berada dalam mySPP.Walau bagaimanapun, anda masih perlu mendaftar akaun baharu di mySPP bagi tindakan selanjutnya.
Sebarang kemusyikalan mengenai MySPP,boleh hubungi maklumat di bawah: