Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Semakan dan Cara Bayar Cukai Tanah Online

0 1,680

Bayar Cukai Tanah online.Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan kepada tanah persendirian dan di bayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebanyak sekali setahun.Biasanya bil yang sampai ke rumah adalah berwarna kuning.Cukai tanah hendaklah di bayar bermula dari Januari sehingga 31 Mei pada tahun semasa.

Jika anda terlambat bayar mulai 1 Jun,bil di kenakan tunggakan dan denda mengikut kadar tetapan yang telah di buat.Untuk makluman,sekarang pembayaran boleh di lakukan dengan mudah secara di atas talian tanpa ke kaunter.

Perbezaan Cukai Tanah dan Cukai Pintu/Taksiran

Berikut adalah perbezaan:

Cukai Tanah ialah cukai yang di kenakan pada setiap tahun kepada pemilik tanah(ada geran) dan dikenakan sebanyak sekali setahun.Bil berwarna Kuning.

Cukai Pintu/Taksiran adalah cukai yang perlu di bayar kepada Pihak berkuasa Tempatan dan di bayar sebanyak 2 kali setahun.Biasanya Bil cukai ini berwarna Merah bila sampai di rumah.

Boleh juga baca: PBTPay:Pembayaran Online,Semakan Bayaran Cukai Pintu/Taksiran,Lesen Dan Kompaun

Cara pembayaran Cukai Tanah

Kaedah pembayaran di setaip negeri boleh di lakukan melalui :

  • Kaunter hasil Pejabat Pengarah dan Galian Negeri
  • Kaunter hasil mana-mana Pejabat Tanah Daerah
  • Kaunter hasil cukai tanah di UTC
  • Pembayaran secara online

Penghantaran Bil Cukai Tanah

Penghantaran bil cukai tanah adalah peringatan untuk pemilik supaya membayar sebelum tarikh tertentu sebelum di kenakan denda.Bagi pemilik yang tidak menerima bil ini,anda boleh dapatkan di Bahagian Hasil Pejabat Tanah di kawasan anda dengan dengan:

  1. Resit lama hakmilik
  2. Nombor Hakmilik, Jenis hakmilik (cth: HSD, GRN), Mukim/ Bandar/ Pekan
  3. Kad Pengenalan Pemilik (MyKad)

Alamat adalah untuk surat menyurat dan masih tertakluk pada nama Tuan Punya Tanah berdaftar masih dirujuk pada surat Hakmilik.

Cara Bayar Cukai Tanah online

Pembayaran cukai tanah boleh di lakukan secara online mengikut negeri masing-masing melalui pautan berikut:

Semakan Pembayaran Cukai Tanah

Untuk semakan pembayaran, anda boleh tunjukkan Resit Pembayaran tahun lepas atau Surat Hakmilik/Geran.Resit pembayaran hendaklah di tunjukkan untuk urus niaga tersebut.

Bagi pemilik cukai tanah yang ada tunggakan,anda boleh mohon kepada Pentadbir Tanah untuk membayar secara ansuran.Bayaran ansuran ini diberikan berdasarkan alasan yang munasabah dan dirasakan perlu.

Ansuran ini hendaklah di bayar sepenuhnya dalam masa yang ditetapkan oleh Pentadbir Tanah.Jika gagal menjelaskan pembayaran,tindakan perampasan diambil tanpa apa-apa notis.

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui medium berikut:

Pejabat Tanah negeri masing atau

Jabatan Kerajaan Tempatan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya

Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN Supaya Tidak Terlepas Segala Hebahan. Klik Pautan Di Bawah.

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaPORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN
Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

TUTUP
Share via