Dah daftar PBTPay?Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat,satu portal telah dibangunkan khas untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada orang awam untuk membuat pelbagai jenis bayaran seperti cukai, kompaun dan lesen PBT.
Seperti mana diperuntukkan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976,adalah menjadi tanggungjawab bersama semua warga Malaysia untuk membayar cukai taksiran untuk memastikan perkhidmatan seperti pembersihan, pembaikan jalan, penyenggaraan lampu jalan serta lain-lain perkhidmatan perbandaran dilaksanakan dengan baik oleh pihak pihak PBT.
Tahukah anda,mulai Januari 2022,PBT tidak akan lagi membuat pengeluaran dan pengeposan bil cukai untuk menggalakkan pembayaran secara online.Sebelum itu,anda pernah dengar cukai taksiran/cukai pintu?Berapakah jumlah yang dikenakan dan cara buat semakan serta nak buat pembayaran online?
Disini kami akan kongsikan lebih lanjut maklumat mengenai cukai taksiran/pintu.Semoga bermanfaat!
Maklumat Cukai Taksiran/Pintu
Cukai taksiran atau cukai pintu amnya dikenakan kepada semua pegangan (harta) yang terletak didalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah di negeri tersebut Ianya merupakan cukai keatas perkhidmatan Bandar yang disediakan secara langsung kepada pemilik-pemilik pegangan (harta) di kawasan Majlis, sebagaimana AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976, AKTA 171.
Apakah asas yang digunakan untuk dikenakan cukai?
Ada dua asas yang diperuntukan oleh perundangan (Akta Kerajaan Tempatan 1976) iaitu “nilai tahunan” dan “nilai tambahan”. Pengunaan antara dua asas taksiran ini adalah terletak kepada pilihan Penguasa Tempatan itu sendiri setelah mendapat persetujuan dari Pihak Berkuasa Negeri.
Bagaimanakah ia ditentukan?
Ia dilakukan melalui proses nilaian berpandukan nilai tahunan dan kadar peratus yang diwartakan.
Nilai Tahunan” ertinya anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika ia disewakan.
Cukai taksiran dikenakan untuk membiayai:
- Cukai taksiran adalah berdasarkan Nilai Tambah dan Kadar.
- Nilai Tambah dikira berasaskan aras nilaian bagi tanah dan bangunan pada tarikh nilaian.
- Manakala, kadar ialah peratus yang dikenakan ke atas nilai harta tersebut yang perlu dibayar.
- Nilai Tambah bagi pegangan tersebut boleh dipinda sekiranya terdapat perubahan pada harta atau berlaku kesilapan atau ketidakseragaman terhadap pegangan tersebut.
- Kadar warta semasa adalah berdasarkan jenis hartanah, kawasan pembinaan dan kedudukan harta.
Tempoh pembayaran Cukai Taksiran
Biasanya tempoh pembayaran perlu di bayar dua kali setahun iaitu
- Penggal Pertama – 1 Januari hingga 28 Februari bagi tiap-tiap tahun.
- Penggal Kedua – 1 Julai hingga 31 Ogos bagi tiap-tiap tahun.
Boleh juga baca: Cara Semak Cukai Jalan Tamat Tempoh Secara Online
Apakah Perbezaan Cukai Tanah dan Cukai Taksiran?
Berikut adalah perbezaan:
Cukai Taksiran/Pintu adalah cukai yang perlu di bayar kepada Pihak berkuasa Tempatan dan di bayar sebanyak 2 kali setahun.Biasanya Bil cukai ini berwarna Merah bila sampai di rumah.
Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan kepada tanah persendirian dan di bayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebanyak sekali setahun.Biasanya bil yang sampai ke rumah adalah berwarna kuning.
Siapa yang patut membayar Cukai Taksiran?
Individu yang wajib membayar cukai ini adalah :
- Tuan punya pegangan
- Penyewa (sekiranya perjanjian kepada penyewa)
Cara kira cukai Taksiran/Pintu
Berikut adalah contoh kiraan untuk Cukai Taksiran/Pintu:
Katakan sesuatu pegangan itu mempunyai:
Nilai Tambah :RM400,000
Nilai Tahunan:0.4%
Maka,kiraannya adalah :
RM 400,000 x 0.4 % /100 = RM 1600.00 setahun
Cara Semak Cukai Taksiran secara online dengan PBTPay
Kini anda tidak perlu lagi kaunter,kerana pembayaran dan semakan cukai taksiran anda boleh di lakukan secara online dengan PBTPay.Perkhidmatan ini di wujudkan bagi memudahkan anda membuat semakan dan pembayaran kepada semua PBT di seluruh negara secara atas talian.
Seiring dengan peredaran teknologi maklumat dan visi JKT yang ingin menjadikan PBT sebagai sebuah agensi yang bertaraf dunia, portal ini dibangunkan khas untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada orang awam untuk membuat bayaran.
- Pelbagai jenis bayaran seperti cukai, kompaun dan lesen
- Bayar menggunakan FPX
- Semak dan dapatkan maklumat akaun dan pembayaran
Boleh layari link berikut https://pbtpay.kpkt.gov.my/ untuk semakan dan pembayaran cukai taksiran anda secara onlibe bagi setiap negeri / daerah anda.
Boleh rujuk cara membuat semakan dan pembayaran cukai Taksiran/Pintu anda melalui panduan bergambar di bawah:
Langkah 1
Boleh layari melalui pautan berikut https://pbtpay.kpkt.gov.my/ untuk membuat semakan.Kemudian anda akan di bawa ke paparan seperti di bawah.Rujuk gambar kedua
Seterusnya pilih jenis, PBT, dan masukkan no akaun / kompaun untuk semakan.
Contoh bil cukai taksiran adalah seperi di bawah sebagai persediaan untuk anda masukkan no akaun tersebut.
Langkah 2
Boleh tekan Butang semaan setelah anda memasukkan No Akaun
Langkah 3
Setelah anda tekan butangs Semak,butiran berikut akan dipaparkan seperti di bawah:
Senang dan menjimatkan masa selepas ni jika nak buat semakan dan pembayaran
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui medium-medium berikut:
Jabatan Kerajaan Tempatan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
E-mel: [email protected]
Laman web: https://pbtpay.kpkt.gov.my/