eLESEN DBKL:Permohonan dan Semakan Peniaga
eLESEN DBKL merupakan perkhidmatan online untuk peniaga di Kuala Lumpur untuk membuat pelbagai transaksi berkaitan perniagaan.Peniaga boleh login dan semak status urusan yang berkaitan di dalam perkhidmatan yang disediakan.
Sekarang peniaga di Kuala Lumpur boleh membuat permohonan lesen dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara online melalui kemudahan di atas.
Apa itu eLESEN DBKL?
Merupakan salah satu perkhidmatan online yang di bangunkan untuk peniaga Kuala Lumpur untuk memudahkan urusan yang menawarkan perkhidmatan seperti:
- Permohonan
- Informasi permohonan setiap jenis lesen boleh didapati di sini.
- Janji Temu Online
- Anda boleh daftar Janji Temu Online di sini untuk jenis pengurusan yang disediakan.
- Manual Sistem
- Manual Sistem lengkap boleh didapati di sini untuk memudahkan pengguna awam akses ke Sistem ELESEN.
- Soalan Lazim
- Soalan-soalan Mengenai Permohonan Lesen.
- Program
- Program yang ditawarkan oleh Jabatan Pelesenan Dan Pembangunan Perniagaan.
- e-Penyertaan
- Sertai program e-Penyertaan untuk memberikan maklum balas dan pandangan umum bagi meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan.
Kategori lesen yang boleh di mohon
Berikut adalah jenis lesen yang boleh di pohon:
- Iklan
- Hiburan
- Minuman Keras
- Pelelong
- Penjaja
- Premis
- Tempat Letak Kereta
Cara daftar eLESEN DBKL
Untuk pengguna pertama kali anda perlu berdaftar terlebih dahulu.
Boleh rujuk proses daftar di bawah:
- Layari pautan https://elesen.dbkl.gov.my/main.aspx
- Klik pada butang Log masuk pada Portal, sistem akan paparkan skrin Log Masuk.
- Klik pada pautan Bukan Pengguna Lagi? Daftar Sekarang, sistem akan paparkan skrin Pendaftaran.
- Masukkan data pada medan-medan berikut:
- Pilih Jenis Pengenalan
- Input Nama
- Input No. Kad Pengenalan/No. Paspot/No. Polis/Tentera
- Pilih Jantina
- Pilih Bangsa
- Input No. Telefon
- Input E-Mel
- Input Kata Laluan
- Input Sahkan Kata Laluan
- Pilih pada checbox
- Input Captcha
- Setelah lengkap klik pada butang Simpan
- Klik OK pada pop up yang tertera , sistem akan memaparkan semula skrin Log Masuk.
- Proses pendaftaran anda telah berjaya
Anda boleh juga baca: MyProton:Kemudahan Temujanji Proton Untuk Servis Kereta Dan Pandu Uji
Cara Login Pertama Kali
Untuk login pertama kali,pastikan akaun anda berjaya di daftarkan
Berikut cara login pertama kali:
- Layari pautan https://elesen.dbkl.gov.my/main.aspx
- Klik pada butang Log masuk pada Portal, sistem akan paparkan skrin Log Masuk
- Masukkan data pada medan-medan berikut:
- Input ID Pengguna
- Input Kata Laluan
- Klik pada butang Log Masuk , sistem akan memaparkan skrin Laman Utama Pengguna Awam
- Selesai, anda telah berjaya log masuk
Cara mohon Lesen di eLESEN DBKL
Setelah anda berjaya log in,proses permohonan boleh rujuk di bawah:
- Pilih kategori lesen yang anda mahu
- Lengkapkan maklumat yang diminta
- Ikut arahan yang di berikan sehingga selesai
Cara Semak Permohonan lesen DBKL
Setelah selesai mohon lesen,mesti anda nak cek permohonana anda.Di bawah adalah cara semak permohonan lesen anda:
- Log masuk akaun e-Lesen DBKL anda
- Klik pada ikon garisan bertindih , sistem akan memaparkan skrin Senarai Permohonan.
- Masukkan data pada medan-medan untuk membuat carian seperti berikut:
- Input No. Fail Lesen
- Pilih Kategori Lesen
- Klik pada butang Cari, sistem akan paparkan senarai fail lesen dalam senarai datagrid.
- Semak Status permohonan pada column Status dalam senarai datagrid.
- Klik pada ikon ‘Pensil’ untuk kemas kini permohonan yang masih dalam status DRAF. Sistem akan memaparkan skrin Kemaskini Draf Permohonan.
- Sila lengkapkan mana-mana maklumat permohonan yang masih tidak lengkap dan hantar permohonan tersebut.
- Setelah berjaya dihantar, status permohonan akan bertukar kepada UNTUK SEMAKAN.
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
- Portal Rasmi DBKL
- Jabatan Pelesenan Dan Pembangunan Perniagaan
- Talian pertanyaan :
- 03-2028 2613
- 03-2028 2616
- 1-800-228-882
- 019-266 6146
- 03-2202 8801
- email: jppp@dbkl.gov.my