Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Adakah anda pekebun kecil getah yang terkesan pendapatan akibat musim tengkujuh?Tahukah anda kerajaan ada menyediakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA kepada yang layak memohon.Bantuan Musim Tengkujuh BMT juga lebih disasarkan kepada penerima pekebun kecil dan penoreh getah yang berada dalam kumpulan B40.
Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan mereka yang mengalami kekurangan pendapatan semasa musim hujan yang melanda antara November hingga Januari.
Disini kami sediakan panduan lengkap untuk memohon kepada pekebun kecil getah ingin membuat permohonan.
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA khas untuk pekebun kecil yang terjejas pendapatan apabila harga getah jatuh di samping musim tengkujuh
Ciri yang diklasifikasilan sebagai pekebun kecil getah:
Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
Pekebun kecil yang mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) atau tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA.
Bagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai Perkara (i) di atas, pengisian Borang BMT dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.
Bagi pekebun kecil Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik di bawah Agensi lain, pengisian Borang BMT (Pemilik) atau BMT (Penoreh) beserta surat pengesahan daripada Agensi di bawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu :
Untuk tahun 2025,bantuan Kewangan RM800 yang diterima bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di bayar secara berperingkat melalui 4 fasa iaitu:
Pembayaran akan di lakukan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima.
1.Pekebun Kecil RISDA
Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah
2.Penoreh bukan pemilik
Permohonan di buka bermula:
1 Jun hingga 30 September 2024.
Permohonan Rayuan:
Akan dimaklumkan kemudian
Untuk permohonan BMT, pemohon boleh buat permohonan secara atas talian di laman web berikut: Mohon DISINI ATAU https://pekebunkecil.risda.gov.my/manage/register/
Sekiranya anda ingin buat permohonan secara manual, anda perlu melengkapkan borang yang boleh didapati di Pejabat RISDA Daerah atau Pejabat RISDA Stesen yang lengkap boleh dihantar ke Pejabat Risda Daerah dan Stesen-Stesen Risda.
Sila sertakan dokumen berikut ketika membuat permohonan:
i) Pekebun Kecil RISDA & Individu
ii) Penoreh Bukan Pemilik
Pekebun Kecil di bawah Agensi
Semakan boleh di lakukan melalui pautan di bawah:
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah: