Anak Angkat JKM,berminat nak mohon?Sebenarnya nak mohon bukannya susah perlu ikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM).
Bagi pasangan yang sudah berkahwin dan mempunyai masalah untuk dapat anak disebabkan faktor kesihatan,usia dan sebagainya bolehlah memilih untuk mengambil anak angkat atau anak pelihara di JKM mengikut cara yang betul.
Apa itu Anak Angkat dan Anak Pelihara?
Definisi yang di berikan adalah:
Anak Angkat
Mengikut Seksyen 6(1) Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253), anak angkat bermaksud: Telah dalam jagaan dan dipelihara serta dididik oleh seseorang atau pasangan sebagai anaknya yang berterusan atau anak mereka secara anak angkat de facto selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan.
Anak Pelihara
- Memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang;
- Rangsangan untuk tumbesaran dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan psikologi; dan
- Pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna.
Syarat Permohonan Anak Pelihara/Anak Angkat JKM
Berikut adalah syarat yang ditetapkan :
- Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
- Berusia 25 hingga 60 tahun.
- Perkahwinan secara sah (5 tahun ke atas).
Bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat juga boleh dipertimbangkan permohonannya. - Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
- Pemohon bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur di antara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun. Pemohon lelaki bujang dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja.
- Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga.
- Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal.
- Bebas dari rekod kesalahan jenayah.
- Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat.
- Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak.
Dokumen Penting Permohonan
Dokumen penting yang diperlukan:
- Gambar ukuran pasport (suami/isteri).
- Surat pengesahan dari pegawai perubatan mengenai status kesihatan pemohon (suami/isteri).
- Sila klik untuk muat turun
- Salinan kad pengenalan (suami/isteri).
- Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
- Slip gaji atau pengesahan pendapatan (suami/isteri).
- Lain-lain dokumen sokongan, contoh: laporan Pakar Perubatan, surat sokongan lain dan sebagainya.
Boleh juga baca: Bantuan Anak Pelihara JKM
Cara Mohon Anak Angkat JKM
Berikut adalah cara dan prosedur permohonan:
- Lengkapkan dokumen penting permohonan seperti yang di jelaskan di atas
- Boleh buat permohonan secara online di http://anak.jkm.gov.my/ dan lengkap borang permohonan seperti yang telah di arahkan
- Jika anda tidak mahu membuat permohonan secara online,anda boleh juga buat secara manual dengan dapatkan borang manual di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan (PKMD/J) di tempat pemohon bermaustautin atau tinggal
Permohonan yang telah lengkap akan diproses dan sesi temu duga akan dijalankan oleh PKMD/J.
Perkara Penting di dalam Temuduga
Berikut adalah perkara penting yang di bincangkan di dalam temuduga:
- Menilai latar belakang sosial pemohon.
- Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara.
- Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara.
- Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952, Adoption Ordinance (Sarawak Cap 91)(Ammendment 2002) dan The Adoption (Central Registry) Regulations 1960 serta Adoption Ordinance 1960 (Sabah No. 23 of 1960)yang mana bersesuaian.
Jika Permohonan Diterima?
- Permohonan yang diterima akan dipertimbangkan oleh Pengarah Bahagian Kanan-Kanak.
- Semua permohonan akan dihubungi menerusi surat berhubung status permohonan mereka.
- Permohonan yang dipertimbangkan akan didaftarkan ke dalam senarai menunggu bagi tempoh setahun (1 tahun) dari tarikh surat pertimbangan dikeluarkan.
- Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat akan menawarkan anak pelihara kepada pemohon yang telah diletakkan di dalam senarai menunggu setelah Mesyuarat Panel Penempatan Anak Pelihara bersidang.
Bantuan JKM yang berkaitan:
- Bantuan Warga Emas JKM RM500 Sebulan
- Bantuan Kanak-Kanak Dan Keluarga JKM
- Bantuan Geran Pelancaran JKM :Cara Mohon Dan Syarat Kelayakan Permohonan
- Bantuan Orang Kurang Upaya(OKU) JKM
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi :
Bahagian Kanak-Kanak JKM : 03 83231000
Website Rasmi: www.jkm.gov.my
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan dibuat atau
Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Aras 6, 9-18,
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
No Phone:03-8000 8000.