Dah daftar ShopeePay sebagai method pembayaran di dalam Shopee? Dalam aplikasi shopee terdapat wallet ShopeePay untuk memudahkan urusan pembayaran dalam shopee.
ShopeePay berperanan sebagai transaksi dalam talian dalam Shopee dan menerima atau membuat pemindahan duit kepada kenalan anda atau mengeluarkan dana ke akaun bank. Pendaftaran akaun ShopeePay boleh dibuat secara online.
Kini, penggunaan ShopeePay sudah diperluaskan dimana eWallet ini juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran di kedai-kedai fizikal.
Apakah itu ShopeePay?
ShopeePay adalah sejenis eWallet yang berfungsi menyimpan wang dari bayaran balik dan tambah nilai anda. Seperti juga kad debit, ia adalah sejenis perkhidmatan e-Tunai yang kemudiannya dapat digunakan untuk membayar pesanan anda secara online (dari Aplikasi atau Web Shopee) dan termasuklah juga bayaran secara offline di premis-premis terpilih.
Bukan itu saja, ShopeePay juga menawarkan kaedah pembayaran yang lebih cepat serta pelbagai potongan dan promosi menarik ketika anda berbelanja menggunakan ShopeePay.Baguskan?
Nak dapatkan voucher Free shipping dari SHOPEE,boleh dapatkan DISINI
Cara Daftar ShopeePay
Sebelum membuat pendaftaran dan pengaktifan ShopeePay ,pastikan anda dah daftar akaun untuk shopee dan yang paling penting anda kena install dulu aplikasi shopee melalui pautan berikut:
ATAU boleh daftar sendiri di laman web https://shopee.com.my/
Pendaftaran dan Pengaktifan ShopeePay
- Setelah daftar akaun,boleh log in ke dashboard akaun anda
- Pergi ke ikon ‘ShopeePay’ di homepage Shopee.
- Tekan butang ‘Activate ShopeePay’. Tick pada kotak kecil di bawah dan tekan butang ‘Next’.
- Masukkan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan.
- Kemudian, cipta nombor PIN untuk pengesahan.
- Pembayaran menggunakan ShopeePay boleh digunakan apabila ia diaktifkan dan ditambah nilai.
Nota Tambahan:
Setiap pengguna hanya dibenarkan untuk menetapkan satu sahaja nombor kad pengenalan bagi setiap akaun. Sekiranya anda menggunakan akaun baru, akaun lama yang menggunakan nombor kad pengenalan yang sama haruslah dipadam.
Untuk upgrade ke akaun premium,anda perlu membuat verifikasi akaun dengan memuat naik gambar MyKad anda bahagian depan dan belakang.
Tempoh pengesahan ini hanya mengambil masa selama tempoh 24 jam dan setelah berjaya, akaun anda secara automatik akan dinaiktaraf ke akaun Premium.
Cara Topup/Tambah Nilai ShopeePay
Topup shopeePaya boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu melalui kad kredit atau debit, Maybank2U, perbankan dalam talian dan secara tunai di kedai serbaneka yang mengambil bahagian.
Untuk tambah Nilai di ShopeePay,anda boleh ikuti langkah di bawah:
- Buka aplikasi Shopee
- Klik pada logo ShopeePay di muka utama Shopee (logo berbentuk dompet)
- Klik pada menu “Top Up”
- Ada boleh memilih jumlah top up seperti 5, 10, 20, 50, 100 dan 500 atau masukkan sahaja sebarang jumlah yang ingin ditambah ke akaun anda
- Lengkapkan proses top up dengan memilih cara pembayaran menggunakan kad debit, kad kredit, online banking dan sebagainya.
Boleh juga baca: Daftar GrabPay EWallet
Cara withdraw duit dari ShopeePay
Untuk membuat pengeluaran,pastikan anda telah membuat pengesahan verifikasi identiti diri anda di ShopeePay.
Boleh ikuti langkah pengeluaran di bawah:
- Buka aplikasi Shopee
- Pilih Pengeluaran dalam ShopeePay.
- Klik yang ingin anda keluarkan.
- Masukkan jumlah pengeluaran dan klik seterusnya.
- Sahkan dan masukkan PIN ShopeePay anda untuk pengesahan.
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Shopee Customer Service No: 0327779222 (7 pagi-10 malam setiap hari)