Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Bantuan Geran Pelancaran JKM :Cara Mohon dan syarat Kelayakan Permohonan

0 12,773

Bantuan Geran Pelancaran JKM (GP) merupakan salah satu bantuan dari JKM untuk untuk kumpulan sasar JKM yang ingin membuka perniagaan secara kecil-kecilan dengan suntikan modal sehingga RM2,700 secara One-Off.Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.Semoga sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang ingin memulakan hidup baru dengan berniaga.

Kadar Bayaran Bantuan Geran Pelancaran JKM

Kadar bayaran bantuan ini adalah untuk individu yang berkelayakan dengan kadar pembayaran maksima sehingga RM2,700 secara one-off.

Matlamat bantuan

Tujuan geran pelancaran ini adalah untuk:

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Syarat permohonan Bantuan Geran Pelancaran (GP)

Permohonan ini di buka kepada mereka yang berkelayakan dengan memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Kumpulan sasar JKM;
  3. Penerima bulanan JKM;
  4. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Bantuan Geran Pelancaran ini di berikan kepada penerima bantuan sedia ada sahaja.Disebabkan itu,untuk MELAYAKKAN anda menerima bantuan tersebut, anda mestilah membuat permohonan bantuan JKM terlebih dahulu SEKIRANYA LAYAK.

Untuk makluman anda,terdapat 11 Jenis Skim Bantuan JKM untuk anda mohon. Segala permohonan yang dibuat haruslah memenuhi kelayakan dan kriteria yang diperlukan.Berikut adalah 11 jenis skim bantuan tersebut:

Cara membuat Permohonan

Permohonan boleh di buat pada bila-bila masa sahaja melalui 2 kaedah berikut iaitu:

  1. Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berhampiran; atau
  2. Buat permohonan secara online melalui Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan

Boleh juga baca: Cara membuat permohonan Bantuan JKM Online

Anda di sarankan untuk hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang terdekat untuk maklumat lebih lanjut.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,anda boleh hadirkan diri ke  ke Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk sebarang masalah atau boleh hubungi ibu pejabat JKM di talian 03-8000 8000

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via