Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Daftar THiJARI:Pendaftaran dan Semakan online penyata Tabung Haji

0 981

Cara daftar THiJARI.Untuk makluman bermula 5 Februari 2020,kini penyimpan Tabung Haji (TH) boleh menyemak baki akaun dan penyata Tabung Haji online tanpa perlu ke kaunter melalui portal rasmi THiJARI.Sebelum mendaftar pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini maklumat peribadi terlebih dahulu di kaunter Tabung Haji (TH).

Sebelum ini,untuk mengetahu baki,kita boleh menyemak di ATM atau secara manual dengan hadirkan diri ke kaunter TH.Sekarang melalui  THiJARI,anda boleh membuat pelbagai kemudahan yang disediakan dengan senang dan mudah hanya berada di rumah.

Boleh juga baca: Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Aplikasi Tanpa Ke Kaunter

Apakah senarai perkhidmatan yang di tawarkan oleh THiJARI?

Pelbagai perkhidmatan Tabung Haji Online yang disediakan seperti berikut:

1.Semakan Penyata, Urusan Simpanan & Pindahan

Pelanggan Tabung Haji online boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi serta baki akaun terkini dengan mudah melalui THiJARI.Di samping itu, kita boleh melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga).

Had amaun pindahan simpanan sehari yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

  • Pindahan ke Akaun TH Persendirian (ke akaun TH anak bawah jagaan) – RM15,000.00 sehari 
  • Pindahan ke Akaun TH Pihak Ketiga (termasuk akaun TH yang telah di “favourite” kan) – RM5,000.00 sehari

Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan.

Pendeposit boleh mendapatkan penyata akaun Tabung Haji online bagi enam (6) bulan terkini.

Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).

2. Urusan Haji

Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan Tabung Haji Online boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji dengan lebih cepat tanpa perlu hadir ke kaunter.

Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji juga boleh didapati melalui portal ini.

Pelanggan THiJARI boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik.

Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.

Memang cukup memudahkan!

3. Kelab TaHa

Pendaftaran Kelab Taha / Taha@U boleh dilakukan melalui THiJARI.

Bagi ahli Kelab TaHa / TaHa@U, penyemakan status pendaftaran, E-kad keahlian kelab di samping semakan senarai Rakan Kelab TaHa/TaHa@U boleh dilakukan melalui portal THiJARI.

Tabung Haji Onlie THiJARi

Cara Daftar THiJARI untuk perkhidmatan Tabung Haji Online

Untuk membuat pendaftaran bagi perkhidmatan Tabung Haji Online,boleh ikuti langkah-langkah ini:

1.Kemaskini Maklumat Ahli

Pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini maklumat mereka termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di kaunter TH.

Ini kerana nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.

Maka, pastikan nombor telefon bimbit yang didaftarkan adalah nombor telefon terkini bagi mengelakkan masalah semasa proses log in sistem THiJARI.

NOTA:Bagi mereka yang telah mengemaskini maklumat, capaian ke perkhidmatan ini boleh dibuat melalui www.thijari.com.my tanpa perlu ke kaunter TH.

2.Layari Portal Rasmi THiJARI

Terus ke pautan THiJARI melalui pautan www.thijari.com.my. Anda akan lihat paparan laman utama seperti di bawah.

Sekiranya anda telah membuat pendaftaran sebelum ini maka anda boleh terus masukkan ID Pengguna dan Log Masuk ke sistem THiJARI.

Jika belum boleh daftar,boleh rujuk gambar-gambar di bawah

buka akaun THiJARI

Untuk Pendaftaran Baru sila lihat di pautan seperti yang ditunjukkan di bawah.

Sila masukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH yang anda daftarkan di kaunter sebelum ini.

Klik butang Seterusnya dan Kemaskini kesemua butiran yang diminta seperti arahan seterusnya di bawah

Selepas daftar pertama kali,pendeposit TH perlu memberi nombor telefon bimbit yang telah daftar sebelum ini.

Pendeposit diminta melengkapkan maklumat peribadi dan kemaskini maklumat peribadi anda seperti yang di kehendaki

Kemudian dah boleh guna perkhidmatan Tabung Haji Online.Mudahkan?

daftar tabung haji online

3.Cara semak Akaun Tabung Haji untuk diri sendiri dan anak online

Setelah lengkapkan maklumat peribadi,boleh login portal THiJARI untuk gunakan kemudahan yang sedia ada.Hanya Pendeposit TH yang dewasa sahaja boleh mendaftar THiJARI.Namun, akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar THiJARI. 

Cara semak akaun anak melalui THiJARI dimana penjaga boleh tekan pada menu “Ringkasan Akaun”.

Cara daftar Kelab TaHa / TaHa@U Tabung Haji

Jika anda mempunyai anak-anak yang berusia 7-17 tahun, ,pendaftaran boleh di buat untuk menyertai kelab Kelab TaHa melalui portal ini.

Manakala bagi yang 18 hingga 25 tahun dan masi menuntut di universiti awam/swasta atau yang setaraf dengannya ,boleh daftar Kelab TaHa@U .

Banyak manfaat disediakan melalui kelab ini iaitu:

  • Latihan amali/praktikal
  • Program-program kemasyarakatan.
  • Sukarelawan musim haji di dalam operasi haji tanah air
  • Menyertai aktiviti kelab seperti sukan dan riadah.
  • Diskaun harga di rangkaian Rakan Kelab TaHa di seluruh malaysia.

Kalau menarik,boleh cepat-cepat daftar untuk anak.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:

Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
Emel : th-info@lth.gov.my

SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via