Cara tukar nama hak Milik kenderaan secara online MySikap JPJ

Tukar nama Hak Milik.Tahukah anda dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang ini kerana kebanyakannya urusan boleh dibuat secara online sahaja tanpa perlu ke kaunter. Kelebihan secara online ini dapat di manfaatkan dengan menjimatkan masa orang ramai sekaligus dapat mengurangkan kesesakan di kaunter yang sibuk.

Terkini,anda boleh tukar nama hak kenderaan secara online tetapi hanya kenderaan Motosikal sahaja.MySikap JPJ menyediakan pelbagai kemudahan urusan JPJ yang boleh dibuat secara online.

Pendaftaran MySikap JPJ

Bagi mereka yang belum lagi mendaftar,boleh mendaftar sekarang kerana pelbagai kemudahan disediakan melalui portal ini.Terdapat 38 jenis urusan yang boleh dilakukan secara atas talian.Boleh KLIK pautan di bawah untuk maklumat lanjut cara daftar:

Cara daftar MySIKAP JPJ

Cara Tukar nama Hak Milik Kenderaan (MOTOSIKAL SAHAJA)

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat penukaran nama tersebut:

1.Setelah anda mendaftar MySikap JPJ,anda perlu log masuk ke MySikap di pautan https://public.jpj.gov.my/public/

Tukar nama pemilik motosikal

2.Pilih pada Kenderaan

Tukar nama motosikal baru

3.Pilih menu Penukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar)

Tukar nama geran motosikal

4.Masukkan nombor plat kenderaan di No. Pendaftaran Kenderaan. Lengkapkan maklumat diminta dan klik Teruskan

ukar nama pemilik motosikal 2022

5.Bayar duit proses online & selesai!

Resit bayaran JPJ

Sekiranya pemilik baru pun ada MySikap, mereka juga perlu buat step yang sama, cuma di langkah nombor 3, iaitu Penukaran Hak Milik mereka perlu pilih “Pemilik Baru”.

Siap! Kemudian anda boleh pergi ke JPJ bila-bila masa untuk cetak geran baru.

Bagaimana Jika pemilik baru MySikap ?

Sekiranya pemilik baru tiada MySikap, tidak menjadi masalah. Namun mereka perlu pergi ke cawangan JPJ berdekatan dalam masa 7 hari (selepas pemilik berdaftar selesaikan langkah di atas & terima bukti proses) untuk thumbprint dan print geran baru.

Sekiranya pemilik baru tidak hadir ke JPJ dalam tempoh 7 hari pendaftaran online, pemilik berdaftar perlu buat pendaftaran baharu.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh kemukakan melalui saluran berikut:

  1. Laman Rasmi JPJ: https://public.jpj.gov.my/ 
  2. Talian hotline JPJ di 03 8000 8000

Sumber di ambil dari Facebook

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Sila Share Artikel Ini Dahulu Kepada Rakan Anda yang Belum Tahu!

X