Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Senarai Bantuan Kerajaan untuk golongan B40 beli rumah pertama

0 2,314

Adakah anda tergolong dalam golongan B40?Belum memiliki rumah sendiri?Disini kami kongsikan 5 bantuan kerajaan untuk anda memiliki rumah pertama

Senarai Bantuan Kerajaan untuk golongan B40 beli rumah pertama

4 Bantuan Kerajaan untuk golongan B40 beli rumah pertama

1. Hartanah Bawah RM150,000 : Diskaun 10%

Ini bertepatan dengan Kempen Pemilikan Rumah 2019 atau “Home Ownership Campaign (HOC) 2019” pada tahun lepas.

Diskaun ini hanya untuk perjanjian SPA yang telah ditandatangani dalam tempoh tersebut.

Diskaun 10% ini hanya untuk pemaju yang berdaftar dengan REHDA (Semenanjung Malaysia), SHAREDA (Sabah) atau SHEDA (Sarawak).

2. Pengecualian Duti Setem Untuk Pembeli Rumah Kali Pertama

Berdasarkan belanjawan 2019, terdapat fokus bantuan perumahan kepada golongan B40 iaitu :

  • Pengecualian Duti Setem bagi sesiapa yang membeli rumah berharga bawah dari RM300,000.

Kos biasa tanpa pengecualian duti setem :

  • 1% untuk RM100,000 yang pertama
  • 2% untuk RM100,001 ke RM500,000 yang seterusnya
  • 3% untuk RM500,001 ke RM1 juta yang seterusnya

Nota : RM5000 akan digunakan untuk duti setem sekiranya melibatkan pembelian rumah berharga RM300,000.

Pengecualian ini sangat membantu golongan B40 untuk membeli rumah pertama mereka dan pengecualian duti setem ini hanya untuk perjanjian SPA yang ditandatangani sebelum 30 Jun 2019 dan mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

3. Rumah Mikro RM100 Untuk Rakyat Malaysia Yang Bujang

Rumah Mikro RM100 Untuk Rakyat Malaysia Yang Bujang

Rumah mikro RM100 dikhaskan untuk :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan B40 bujang
  • Bergaji rendah kurang RM2000
  • Berumur antara 18 hingga 28 tahun.

Rumah mikro ini direka dengan konsep komunal yang mempunyai tempat tempat solat, dobi, bilik air, pantri dan tempat letak motorsikal / basikal untuk penghuni kongsi bersama.

Permohonan Rumah mikro anda boleh memohon disini: Rumah Mikro

Panduan lain yang berkaitan:

4. RM1 Bilion “Dana Untuk Rumah Mampu Milik” Dari Bank Negara

Bank Negara Malaysia telah mengumumkan Dana Untuk Rumah Mampu Milik, satu cara untuk membantu kumpulan B40 di seluruh negara untuk mampu memiliki rumah.

Anda boleh rujuk maklumat mengenai Dana Rumah Mampu Milik BNM disini.

Keistimewaan dana ini ialah :

  • Kadar pembiayaan sehingga 3.5% setahun.
  • Mendapat sokongan untuk pembayaran deposit.
  • Tempoh bayar balik yang panjang sehingga 40 tahun maksimum.
  • Dapat pendidikan kewangan percuma dari AKPK (Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit) untuk membantu pembeli rumah untuk memahami perkara yang berkaitan dengan kewangan pembelian rumah.
  • Tidak perlu membayar yuran proses permohonan kewangan.
  • Tidak perlu membayar yuran duti setem.

Kriteria permohonan ialah :

  • Warganegara Malaysia dengan gaji bulanan tidak lebih dari RM2,300.
  • Tidak mempunyai rekod kewangan yang buruk dalam masa 12 bulan lepas.
  • Rumah berharga kurang dari RM150,000.

5.Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 

Walaupun bergaji bersih RM1,000 sebulan, anda layak membeli rumah sendiri di bawah skim tersebut

Keistimewaan yang paling menarik pemohon yang tiada penyata pendapatan bulanan seperti nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi, dan pekerja am masih berpeluang memiliki rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui SJKP

Panduan untuk memohon Rumah ini anda boleh baca disini : Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via