Panduan ini dibuat untuk memberi makluman kepada orang ramai tentang cara membuat permohonan secara online Rumah Kos PPR Di Setiap Negeri.Sebelum itu,adakah anda tahu apakah Program Perumahan Rakyat (PPR) .?
Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.
Ciri-ciri PPR
1 | Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat; |
2 | Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres; |
3 | Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi; |
4 | Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air; dan |
5 | Kemudahan Asas:Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai,Surau/Ruang Solat, Gerai Makan/Ruang NiagaTadikaKemudahan OKUTaman Permainan/Kawasan LapangRumah Sampah |
Cara memohon Program Perumahan rakyat di setiap negeri.
Kerajaan mempelawa mereka yang berpendapatan kurang dari RM 2500 sebulan untuk menyertai program ini.. Selain itu, kos rumah mampu milik yang hakikatnya tidak menepati harga yang mampu dibeli oleh pembeli rumah di Malaysia juga menjadi faktor pentingnya rumah kos rendah. Kadar harga adalah seperti berikut:
PROJEK PPR (DISEWA) |
Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
PROJEK PPR (DIMILIKI) |
Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN |
1 | Warganegara Malaysia |
2 | Berumur 18 tahun ke atas |
3 | Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000.00 sebulan |
4 | Pemohon belum memiliki rumah |
5 | Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri |
Cara membuat semakan status Online Program Perumahan Rakyat(PPR)
Disini kami sertakan pautan online untuk anda semak status permohonan anda:
Link pautan online: | |
1 | KLIK pada semakan status Online Program Perumahan Rakyat(PPR) |
2 | KLIK Butang Cari |
Berikut kami sertakan setiap pautan untuk memohon Program Perumahan Rakyat(PPR) di setiap negeri:
Prosedur permohonan,syarat kemasukan dan kaedah pemilihan adalah mengikut negeri masing-masing.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut:
1 | Soalan-soalan Lazim: Boleh rujuk disini: Program Perumahan Rakyat (PPR) |
2 | Alamat : Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan Aras 33, No.51, Persiaran Perdana Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya, MALAYSIA (Bahagian Pengurusan Perumahan) |
3 | No telefon dan Faks: No. Telefon : 603-8891 4040 (Bahagian Pengurusan Perumahan) No. Faksimile : 603 – 8891 4226 |
4 | Alamat web: Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan |
Semoga panduan ini dapat memberi manfaat dan membantu kepada anda yang baru hendak memohon program Perumaham Rakyat (PPR).kami doakan anda berjaya mendapatkan rumah pertama anda.