BSN MyHome Merupakan skim Program Perumahan Rakyat bagi membantu mereka yang berkerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk memiliki rumah pertama.Skim Program Perumahan rakyat ini dapat membantu mereka yang mempunyai impian untuk mempunyai rumah sendiri.
Mengikut maklumat yang diterima,dengan syarat yang tidak begitu ketat dimana mereka yang berpendapatan minima RM1000 layak menerima pembiayaan sehingga RM300,000.Sebelum membuat permohonan,rujuk dulu kelebihan dan ciri yang di tawarkan melalui Skim ini.
Ikuti Perkongsian dan rujukan untuk anda bagi memohon Skim Program Perumahan Rakyat ini.
Apa itu BSN MyHome?
Merupakan satu Program Perumahan Rakyat direka untuk golongan yang bekerja sendiri atau pendapatan tak berapa tetap.Berikut adalah maklumat skim Program Perumahan Rakyat ini:
- Nama Skim: BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat)
- Maklumat pembiayaan: RM25,000 hingga RM300,000
- Margin pembiayaan: Sehingga 100% (termasuk MRTA/ MRTT & LTHOT)
- Tempoh pembiayaan: Sehingga 35 tahun
Boleh juga baca: Permohonon Baru Rumah Mesra Rakyat (RMR)SPNB Online 2020/2021
Syarat Kelayakan permohonan
Berikut adalah syarat kelayakan yang diperlukan:
- Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 60 tahun
- Pemohon individu/ Bersama
- Mempunyai bukti bekerja sendiri
- Pendapatan minimum RM1,000 sebulan
- Untuk pembiayaan rumah pertama dan untuk didiami sendiri sahaja
- Bagi pembiayaan hartanah kos rendah atau sederhana sahaja
- Mempunyai pendapatan tetapi tidak boleh dibuktikan
- Mempunyai keupayaan membayar balik pinjaman
- Masih belum mengambil pinjaman perumahan dengan lain-lain institusi kewangan
- Rumah yang dibeli adalah untuk kegunaan sendiri sahaja
- Wajib mempunyai akaun BSN Giro/i
- Deposit sekuriti bersamaan tiga bulan ansuran bulanan
Boleh juga baca: Cara Mohon Dan Daftar Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Kadar Faedah
Rujuk kadar faedah yang di kenakan melalui jadual di bawah:
Amaun Pinjaman (RM) | Tempoh (Tahun) | Kadar Faedah Efektif (EIR) | |
Hartanah Siap Dibina | Hartanah Dalam Pembinaan | ||
RM 100,000 dan ke bawah | Sepanjang tempoh | KA + 3.00% | KA + 3.00% |
> RM100,000 sehingga RM300,000 | 1 – 2 | KA + 1.20% | KA + 0.95% |
Seterusnya | KA + 1.20% |
Cara memohon Program Perumahan Rakyat BSN MyHome
Bagi mereka yang berminat untuk memohon,anda boleh membuat permohonan dengan hadirkan diri ke cawangan BSN yang terdekat.Boleh muat turun borang permohonan yang di sediakan DISINI.Lengkapkan permohonan dan bawa borang permohonan ini ke cawangan BSN yang terdekat dengan anda.
Untuk senarai cawangan BSN yang tedekat boleh rujuk pautan berikut: Senarai cawangan BSN
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui medium berikut:
- BSN Phone No: 1 300 88 1900
- Laman web : www.bsn.com.my
- Cawangan BSN terdekat