Rumah Mesra Rakyat (RMR) sudahkah anda memohon? SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.
SPNB kini diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula 3 Ogos 2018.
SPNB juga memberi peluang kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai tanah sendiri untuk memiliki rumah pada harga patut mengikut kemampuan masing-masing samada melalui Program RMR yang mempunyai subsidi atau tanpa subsidi
Kerajaan dalam setiap pembentangan Bajet (Belanjawan Malaysia) berusaha untuk meningkatkan pemilikan rumah dengan menyediakan peruntukan dari segi jumlah pembinaan rumah melalui program yang diperkenalkan kepada golongan sasar
Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB Online dan manual
Tujuan utama RMR adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang tinggal di rumah usang atau tidak mempunyai rumah, tetapi memiliki tanah dengan syarat yang cukup, untuk membina rumah sendiri.
Program Rumah MEsra Rakyat 2.0 diwujudkan daripada kesinambungan Program Rumah Mesra Rakyat sedia ada bagi mempertingkatkan lagi pemilikan rumah kepada golongan B40 melalui bayaran secara tunai atau pinjaman dari institusi kewangan.
RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) |
Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa |
Syarat Kelayakan permohonan
Warganegara Malaysia |
Pemohon mestilah berumur 18 hingga 60 tahun |
Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan |
Pemohon / pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang atau tidak sempurna |
Pemohon adalah tuan punya tanah dan / atau salah seorang tuan punya tanah bersama dalam geran / suratan hakmilik |
Tanah / tapak mestilah bersesuaian dan bebas daripada sebarang sekatan dan pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah bersama (sekiranya ada) |
Keluasan tanah tidak kurang daripada 3600 kps |
Tertakluk kepada peruntukan kewangan |
Hanya satu unit Rumah Mesra Rakyat sahaja yang boleh dibina untuk satu geran yang dicagarkan |
Info Penting:
- Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
- Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan
Untuk permohonan MANUAL:
Pemohonan juga boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan RMR di Cawangan SPNB dan dimajukan kembali kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.
Borang manual boleh didapati di Cawangan SPNB. Untuk melihat Pejabat Cawangan SPNB Negeri berdekatan,boleh KLIK SINI
Untuk permohonan ONLINE:
KLIK Borang Online Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB dan ikuti panduan memohon dibawah:
Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Untuk mendaftar permohonan anda di laman web SPNB, ikuti langkah-langkah berikut:
- Buka Laman Web SPNB: Layari http://rmr.spnbonline.com.my.
- Pendaftaran Baru: Klik pada pilihan ‘Pendaftaran Baru’.
- Isi Borang Pendaftaran: Lengkapkan Borang Pendaftaran Login dengan maklumat yang diperlukan.
- Terima ID Login dan Kata Laluan: Setelah pendaftaran, anda akan menerima ID Login dan kata laluan melalui emel.
- Log Masuk: Gunakan ID Login (alamat emel) dan kata laluan yang diberikan untuk log masuk ke laman utama.
- Lengkapkan Borang Online: Isi maklumat yang diperlukan dalam sistem.
- Selesai Mengisi Borang: Setelah selesai, klik pada pilihan ‘Selesai Pendaftaran Borang’ dan cetak borang tersebut.
- Majukan Borang dan Dokumen: Hantar borang yang telah dicetak bersama dokumen sokongan ke Pejabat Cawangan SPNB terdekat.
Ikuti langkah-langkah ini untuk memastikan pendaftaran anda berjalan dengan lancar.
Recent Posts
Dokumen Penting
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
- Salinan kad pengenalan tuan tanah
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
- Salinan sijil nikah pemohon
- Borang laporan tapak bergambar
NOTA:
- Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
- SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
Boleh baca juga:
- Skim Perumahan Belia BSN MyHome-I Permohonan Dan Panduan
- Cara Mohon Dan Daftar Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Tanggungjawab pemohon:
- Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
- Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
- Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
- Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
- Membuat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika perlu)
Pertanyaan dan sebarang maklumat Lanjut
Boleh pergi ke cawangan SPNB yang berdekatan anda atau boleh rujuk web rasmi SPNB di https://spnb.com.my serta boleh baca FAQ rasmi di SINI
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
No Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Email:aduan@spnb.com.my
Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN Supaya Tidak Terlepas Segala Hebahan. Klik Pautan Di Bawah.
JOIN TELEGRAM | LINK PAUTAN |
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia | PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN |