Pasukan CDERT APM atau Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) ditubuhkan pada 16 Mac 2006 berdasarkan kepada Arahan Jabatan Bil. 1 tahun 2006 di mana semua Pejabat Negeri Pertahanan Awam telah diarah melaksanakan penubuhan pasukan CDERT di agensi Kerajaan, Swasta dan Badan Berkanun serta Komuniti.
Sudah tentu ramai yang tidak menyedari kewujudan pasukan ni kan dimana ia di tawarkan oleh Angkatan Pertahanan Awam.Mari kami kongsikan peranan CDERT dan cara untuk anda membuat permohonan sertai pasukan ini.
Kategori Pasukan CDERT APM
Pasukan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) ditubuhkan di bawah agensi-agensi berikut:
CDERT-G (Goverment Sector)
Ditubuhkan di kalangan agensi-agensi Kerajaan serta Badan Berkanun dan dianggotai oleh warga kerja agensi terbabit
CDERT-P (Private Sector)
Ditubuhkan di kalangan Sektor Swasta seperti syarikat perniagaan pembuatan mahupun perkilangan dan dianggotai oleh pekerja syarikat tersebut.
CDERT-N (Non-Government Organisation)
Ditubuhkan di kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan dan dianggotai oleh ahli-ahli yang berdaftar dengan pertubuhan tersebut.
CDERT-C (Community)
Ditubuhkan di kalangan kelompok Komuniti seperti Parlimen, DUN, Mukim, Kampung, Taman, Flat, Rumah Panjang, Persatuan Penduduk dan sebagainya serta dianggotai oleh pemimpin dan juga penduduk setempat.
Kedudukan Anggota
Penubuhan pasukan CDERT mestilah dengan syarat berikut:
- 1 Pasukan = Minimum 30 orang ahli
Latihan di tawarkan
APM komited memberikan latihan secara intensif kepada Pasukan CDERT yang ditubuhkan merangkumi aspek:
- ilmu pertahanan awam
- pengurusan bencana
- pengurusan kecemasan
- dan sebagainya secara asas
Boleh juga baca: Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA Online Untuk Lepasan SPM
Tugas dan Peranan Pasukan CDERT APM
Berikut adalah tugas pasukan ini:
- Menjadi penyampai maklumat kepada agensi penyelamat berkaitan kecemasan atau bencana
- Penugasan ketika tugas bantuan penyelamatan dan pengoperasian bencana dengan kerjasama APM dan CDERT
- CDERT boleh melaksanakan operasi pasca bencana seperti pembersihan dan pengagihan bekalan makanan
- Menyalur atau memberi bantuan serta sumbangan secara sukarela dalam bentuk latihan, kepakaran dan pelbagai kepada warga APM serta orang awam dalam konteks pengurusan bencana, pengurusan kecemasan dan juga khidmat kemanusiaan di bawah seliaan APM
- Terlibat secara terus dengan latihan, aktiviti dan program bersama APM
Cara membuat Permohonan
Bagi mereka yang berminat untuk menubuhkan pasukan ini,anda boleh dapatkan maklumat lanjut di :
- Pejabat APM Negeri/ Daerah berhampiran; ATAU
- Terus ke Cawangan Kurikulum dan Pasukan Sokongan Bahagian Pengurusan Latihan, Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
- Tel: 03 8920 6016/ 6017/ 6010
- Laman web: www.civildefence.gov.my