Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pengumuman portal myASNB adalah satu pengumuman yang menarik dan memberi manfaat untuk pengguna Amanah Saham Nasional Berhad.
Tahukah anda boleh membuat segala transaksi melibatkan penyemakan dan pengeluaran ASB Online melalui portal MyASNB.
Sekarang semuanya hanya di hujung jari sama ada melalui Phone atau laptop di rumah tanpa beratur panjang di kaunter.
Bagi yang tidak tahu,portal myASNB adalah portal milik Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).Di portal ini kita boleh membuat pengeluaran ASB Online dan penyemakan Baki & Dividen


Sebelum membuat pendaftaran,kita kena kemaskini dahulu segala butiran peribadi melalui mana-mana cawangan ASNB atau ejen sah ASNB ; contohnya pejabat pos.Beritahu kaunter yang kita nak guna myASNB online
Selepas membuat kemaskini,Barulah kita dapat membuat pendaftaran di portal tersebut.
1. Buka Laman Web myASNB
Pergi ke www.myasnb.com.my

2. Daftar
Klik ‘Daftar di sini’.

Baca notis pemberitahuan dan klik ‘Teruskan’
Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat (T&C). Tandakan kotak untuk menerima T&C dan klik ‘Setuju’
3. Isikan Butiran
Isikan butir-butir akaun ASNB anda seperti yang tertera di skrin.
Klik ‘Seterusnya’ untuk meneruskan.
Sahkan nombor telefon bimbit anda adalah berpadanan dengan nombor yang didaftarkan dengan ASNB dan kemudian klik ‘Request TAC’.
Masukkan kod TAC seperti yang diterima melalui SMS dan klik ‘Seterusnya’.

Nota:
Jika anda tidak menerima TAC, sila klik ‘Hantar semula TAC’ selepas memastikan 4 digit terakhir nombor telefon yang dipaparkan adalah seperti yang didaftarkan.
Sekiranya nombor telefon tidak dipaparkan atau tidak berpadanan, sila batalkan pendaftaran dan rujuk kepada cawangan ASNB terdekat.
4. Cipta Akaun Portal myASNB

*Anda diingatkan supaya menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan.
Setelah pendaftaran berjaya, anda akan diberikan kata laluan sementara untuk log masuk kali pertama.

Nota:

Masukkan ID Pengguna dan diikuti dengan kata laluan sementara.

Selepas itu, sistem akan meminta anda supaya menukar kata laluan yang baru.

Kemaskini dan tukar kata laluan untuk tujuan keselamatan.
Kemudian, log masuk semula menggunakan kata laluan yang baru tadi.


Selesai pendaftaran,sekarang anda dah boleh membuat semakan ASB anda dan pengeluaran ASB anda.
Boleh baca juga:
Untuk pengetahuan anda,pelabur kini boleh membuat permohonan pengeluaran ASB secara online dimana had maksimum yang boleh dibuat pengeluaran hanya RM2000 sahaja sebulan
Setiap Bulan boleh buat hanya 3 transaksi sahaja dan minima pengeluaran hanya Rm 100
Boleh rujuk segala Info mengenai pengeluaran ASB di Portal tersebut.
waktu operasi dalam talian myASNB adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu
Walau bagaimanapun, transaksi kewangan adalah terhad kepada waktu berikut:
Aplikasi telefon myASNB:
i) Google Playstore:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pnb.myASNBmobile&hl=en
ii) Apply Apps Store
https://apps.apple.com/my/app/myasnb/id1456333347
Pusat Khidmat Pelanggan ASNB :