Permohonan Rumah PPRT Online.Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) satu program pembasmian kemiskinan luar bandar dalam memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.
Dalam usaha memperluas skop bantuan, PPRT kini juga dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS), dengan penjenamaan semula ini bertujuan untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap program tersebut.
Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu keluarga-keluarga yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar, terutama di kawasan luar bandar. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dengan menyediakan kediaman yang lebih selamat dan selesa melalui dua bentuk bantuan utama: Bina Baharu dan Baik Pulih

Latar Belakang
PPRT diperkenalkan pada tahun 1995 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Program ini bertujuan untuk membaiki rumah-rumah yang uzur dan tidak selamat didiami, serta membantu mereka yang tidak mempunyai rumah tetapi memiliki tanah
Objektif utama PPRT adalah:
- Meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin.
- Menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa.
- Membantu mereka membina atau membaik pulih rumah sebagai asas pertumbuhan keluarga
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran untuk bantuan PPRT adalah:
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang disahkan sebagai miskin tegar atau miskin.
- Mereka yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) atau disahkan oleh agensi kerajaan
Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.
(Pendapatan Isi Rumah Miskin tegar : RM1,169 dan Miskin RM2,208)
Syarat-syarat Kelayakan Bantuan PPRT (PPRS)
Kelayakan untuk menerima bantuan PPRT termasuk:
- Berdaftar dalam sistem e-Kasih (miskin/miskin tegar); atau
- diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
- Perakuan Agensi KKDW (KEMAS/JAKOA/KESEDAR/KEDA/KETENGAH/KEJORA/PERDA/MARA/RISDA) atau Agensi-Agensi Kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
- diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
- Tanah persendirian/tanah milik orang lain atau Kerajaan (Kebenaran guna tanah) dan berada di Kawasan luar bandar.
Syarat bantuan Bina Baharu diberikan kepada peserta yang:
- tidak mempunyai rumah;
- rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
- tidak ekonomik untuk dibaiki;
- memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
- pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.
Syarat bantuan Baik Pulih:
- Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
- Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.
Jenis Bantuan
- Bantuan Bina Baharu: Untuk mereka yang tidak mempunyai rumah atau memiliki rumah yang tidak selamat untuk didiami.
- Bantuan Baik Pulih: Untuk membaiki rumah yang uzur atau rosak akibat bencana
Kawasan liputan bantuan PPRS adalah di kawasan luar bandar.
Skop PPRS terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:
- Bina Baharu
Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki. - Baik Pulih
Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah sahaja. (Contoh : Bumbung, atap, tangga, tandas, bilik air, pintu, dinding,lantai, tingkap, pendaiwaian elektrik, perpaipan dan lain-lain)
Penyiapan rumah dalam pembinaan TIDAK termasuk dalam skop baik pulih.
Keutamaan Bantuan
Keutamaan diberikan kepada:
- Warga emas.
- Orang kurang upaya (OKU).
- Ibu/bapa tunggal dengan tanggungan ramai.
- Mangsa bencana berskala kecil
- Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.
Konsep yang diketengahkan melalui program ini adalah menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan pemohon memiliki rumah yang selamat dan selesa untuk mereka tinggal.
Melalui PPRT ini juga kerajaan akan membantu mereka yang tidak mempunyai rumah sendiri tetapi mempunyai tanah. Pemohon yang menyewa atau menumpang tanah milik orang lain atau milik kerajaan juga boleh mendapat manfaat dengan membuat surat bertulis.
Kadar Bantuan PPRS
Berikut adalah jadual yang mengandungi maklumat tentang kadar bantuan bagi skop bina baharu dan baik pulih:
Kadar Bantuan Bagi Skop Bina Baharu
KAWASAN | JENIS RUMAH | KADAR SILING RUMAH (RM) |
---|---|---|
Semenanjung Malaysia | 3 Bilik (680 kps) | 79,000 |
Sabah/Sarawak/W.P. Labuan | 3 Bilik (680 kps) | 85,000 |
Kadar Bantuan Bagi Skop Baik Pulih
KAWASAN | KADAR SILING BANTUAN (RM) |
---|---|
Semenanjung Malaysia | 20,000 |
Sabah/Sarawak/W.P. Labuan | 20,000 |
Reka Bentuk Rumah PPRS
Berikut adalah ciri rumah PPRS
- Keluasan 680 kps
- Rumah mesra syariah yang lebih selesa.
- Susun atur yang membolehkan rumah dibina secara menegak dan melintang
Boleh juga baca: Rumah PPR, MyHOME & Rumah Transit Online Boleh Diakses Melalui Portal TEDUH
Cara memohon Rumah PPRT (PPRS)Online
Selaras dengan kemudahan teknologi,sistem permohonan secara online telah di wujudkan bagi memudahkan anda membuat permohonan melalui portal yang di sediakan.
Berikut kami kongsikan cara di bawah:
- Permohonan pendaftaran hendaklah di lakukan melalui pautan berikut:
https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online - Klik Pada Program Perumahan Rakyat Sejahtera.
- Masukkan No kad Pengenalan dan tekan SEMAK
- Setelah selesai,isikan maklumat anda sebagai pemohon.Kemudian,pilih Projek yang anda inginkan dan lengkapkan dokumen tambahan yang di perlukan.Siap!
NOTA : Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan.
Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.
MUAT TURUN BORANG: Borang Kebenaran Tanah
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,anda boleh hubungi atau hadirkan diri ke pejabat Bahagian Perumahan negeri masing-masing.
Pemohonan boleh dirujuk dengan Bahagian Kesejahteraan Rakyat, KKDW, Pejabat KKDW Negeri atau LKW (KEJORA/ KETENGAH/ KESEDAR/ KEDA/ PERDA)
Website Rasmi: Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah