Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Portal TEDUH kini boleh diakses untuk membuat permohonan Rumah PPR, MyHOME dan Rumah Transit Secara Online . Kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap kebajikan masyarakat khususnya golongan yang memerlukan seperti B40. Perumahan merupakan antara keperluan utama bagi penduduk setiap negara dan Malaysia telah menyediakan pelbagai inisiatif perumahan seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR), MyHOME dan Rumah Transit. Apa yang lagi memudahkan rakyat, semua ini boleh diakses di sebuah portal online yang diberi nama Portal TEDUH.
Portal TEDUH adalah saluran portal utama yang mana memaparkan informasi mengenai projek dan program perumahan awam dan swasta yang ada di Malaysia. Ini termasuklah menyediakan maklumat peratusan pembinaan projek yang dikemaskini oleh pemaju. Salah satu modul dalam TEDUH adalah Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) yang berfungsi sebagai ‘One-Stop Centre’ iaitu menyediakan kemudahan bagi rakyat mengemukakan permohonan perumahan yang ditawarkan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN)
Projek Perumahan Rakyat (PPR) – Program kerajaan bagi penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat tinggal bagi golongan berpendapatan rendah (B40). PPR terdiri daripada dua kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.
MyHOME – Skim MyHOME adalah salah satu langkah kerajaan bagi menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik dan memanfaatkan 10 ribu bakal pembeli rumah pertama.. Skim MyHome menawarkan insentif atau subsidi kerajaan persekutuan sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah pertama dan pemaju-pemaju swasta.
Rumah Transit – Program ini diwujudkan dengan tujuan memberi kemudahan perumahan kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berusia 30 tahun dan ke bawah. Program ini tertumpu di bandar-bandar besar bagi mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah dan berkelayakan.
Berikut adalah syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi kriteria pemilihan pemohon/pembeli :-
Projek Perumahan Rakyat (PPR)
MyHOME
Rumah Transit
Permohonan bagi Rumah PPR, MuHOME dan Rumah Transit boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal TEDUH yang disediakan oleh KPKT.
Di dalam portal tersebut terdapat modul Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) dan pengguna perlu mendaftar sebelum mengaksesnya
Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN)
| Pautan Permohonan : SPRN |
| Klik pada pilihan daftar akaunSila masukkan maklumat nama, no kad pengenalan dan emel. Lalu klik butang DaftarSeterusnya semak emel yang didaftarkan dan klik pautan yang diberi bagi pengaktfan akaun pengguna Sila masukkan tetapan kata laluan. Pastikan ruangan ‘Pengesahan Kata Laluan’ adalah sama dengan ruangan ‘Kata Laluan’. Lalu klik butang simpan.Sila masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah disetkanKlik pada butang Log Masuk |
Setelah selesai mendaftar, permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
| Manual Pengguna |
| 1. Manual Pengaktifan Akaun 2. Manual SPRN 2.0 3. Portal TEDUH |
Borang permohonan rumah PPR mengikut negeri
Bagi permohonan rumah PPR mengikut negeri, sila klik pada pautan portal rasmi pihak berkuasa tempatan untuk setiap negeri seperti di bawah. Bagi negeri yang tidak menawarkan permohonan secara online, pemohon perlu membuat permohonan secara manual iaitu dengan hadir ke Pejabat Bahagian Perumahan Negeri tersebut.
Kerajaan Negeri / Pihak Berkuasa Tempatan / Lembaga Perumahan Negeri adalah penyelaras yang akan menguruskan proses permohonan. Prosedur permohonan, syarat kelayakan serta kaedah pemilihan adalah berdasarkan negeri masing-masing.
Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi :
| 1 | Alamat | Pengarah, Bahagian Pembangunan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aras 30, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya |
| 2 | Portal Rasmi | Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan |
| 3 | No Tel | 03-88914356 |