Panduan beli tiket bas online 2020

0 323

Beli tiket bas online?Tahukah anda bahawa terdapat banyak laman web dan aplikasi telefon pintar yang menawarkan perkhidmatan penjualan tiket bas ekspress ke seluruh Malaysia. Di bawah adalah Panduan beli tiket bas online berkenaan cara-cara untuk beli tiket bas online dengan mudah dan pantas.

Pada norma terdahulu, kita perlu pergi ke kaunter penjualan tiket bas di stesen bas untuk membeli tiket bas ke destinasi yang ingin ditujui. Bukan sahaja ia memakan masa dan tenaga yang banyak malahan urusan pembelian tiket di kaunter bas seringkali diganggu oleh ulat-ulat tiket yang mengambil kesempatan. Maka, dengan pembelian secara online, kita dapat melihat terlebih dahulu jadual perjalanan bas yang ditawarkan dan membeli mengikut kesesuaian masa masing-masing.

Panduan beli tiket bas online 2020

Di bawah kami kongsikan senarai laman web dan pautan memuat turun aplikasi yang membantu anda dalam membuat pembelian tiket bas secara Online untuk perjalanan ke seluruh Malaysia dengan Mudah Dan Pantas.

Maklumat tiket bas iaitu pembelian secara online juga menawarkan promosi-promosi harga yang lebih murah dan boleh dibandingkan antara laman dan aplikasi bus operators yang dikongsikan seperti berikut:

Senarai laman web dan pautan yang boleh digunakan untuk beli tiket bas online

Berikut adalah senarai laman web yang menjual tiket bas express secara online (membuat tempahan untuk pilihan syarikat bas) untuk rujukan semua untuk menempah tiket bas:

1) Easybook

  • Laman ini menyediakan perkhidmatan tempahan tiket bas ekspress (booking tiket bas, membuat pilihan tempat duduk), keretapi, feri, sewa kereta dan juga kapal terbang.
  • Sila layari laman ini dengan membuka pautan berikut: Easybook Malaysia

2) Redbus

  • Laman ini menyediakan perkhidmatan tempahan tiket bas ekspress (online bus ticket booking) serta menawarkan perlindungan insurans perjalanan bagi penumpang.
  • Isikan maklumat yang diperlukan dan penumpang juga boleh menukar jadual perjalanan tiket bas mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
  • Layari laman ini dengan membuka pautan berikut: Redbus Malaysia

3) Catchthatbus

  • Laman ini menyediakan perkhidmatan tempahan tiket bas ekspress di seluruh Malaysia.
  • Anda boleh layari laman web ini dengan membuka pautan/ tekan butang berikut: Catchthatbus Malaysia

4) Busonlineticket

  • Laman ini menyediakan perkhidmatan tempahan tiket bas ekspress, KLIA Ekspress dan feri.
  • Sila layari laman web ini dengan membuka pautan berikut: Busonlineticket Malaysia

5) Eticketing

  • Laman ini menyediakan satu paparan perkhidmatan tempahan tiket bas ekspress sahaja.
  • Layari laman web ini dengan membuka pautan berikut: eticketing

6) TBS

  • Laman ini adalah laman web Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur yang merupakan stesen bas utama yang menghubungkan bas dari bahagian selatan, pantai timur dan utara semenanjung Malaysia.
  • Selain penjualan tiket bas yang boleh dibayar secara online banking/ kredit kad debit, laman ini juga memaparkan waktu pelepasan bas secara langsung di terminal tersebut.
  • Oleh itu, anda boleh layari laman web ini dengan membuka pautan berikut: TBSBTS

Boleh cuba Aplikasi Tiket Bas Online melalui pautan dibawah:

Bagi memudahkan urusan pembelian tiket bas menggunakan telefon pintar, anda boleh memuat turun aplikasi mobile apps yang dikongsikan di bawah mengikut sistem operasi telefon masing-masing.

1) Easybook

2) Redbus

3) Catchthatbus

4) Busonlineticket

5) Eticketing

6) TBS

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

logo hiburan.my

Subscribe Post Terbaru dari kami kepada anda!

Dapatkan PERCUMA Info Bantuan Kerajaan ke Telefon Anda Setiap Hari.
Jangan lupa CONFIRMKAN SUBSCRIPTION di email anda!

Sila confirmkan Subscription INFO PERCUMA kami di EMAIL ANDA SEKARANG!