Penyata Kewangan Bank Rakyat.Anda merupakan pemegang akaun Rakyat dan ingin mendapatkan eStatement atau penyata kewangan?
Penyata Kewangan merupakan rekod formal kegiatan-kegiatan kewangan seperti aliran transaksi keluar dan masuk duit ke dalam akaun bank kita.Senang cerita,rekod transaksi kewangan kita untk duit masuk dan keluar.Biasanya kita perlukan rekod ini untuk pembelian yang melibatkan rumah,kereta dan sebagainya.
Melalui eStatement ini,pihak bank dapat membuat penilaian sama ada kita layak atau tidak untuk membuat pinjaman pembelian untuk transaksi tersebut.
Cara Dapatkan Penyata Kewangan Bank Rakyat
Terdapat beberapa cara untuk dapatkan penyata ini secara percuma seperti berikut:
- Di mesin ATM Bank Rakyat
- Di kaunter cawangan Bank Rakyat
- Secara online
Anda juga boleh baca: Cara Daftar RHB Online Banking Dan Login Pertama Kali
Melalui mesin ATM Bank Rakyat
Anda boleh hadirkan diri ke Bank Rakyat yang berdekatan untuk mendapatkan penyata tersebut melalui perkhidmatan ATM yang disediakan.
Berikut adalah langkah-langkah untuk dapatkan penyata di ATM tersebut:
- Anda perlukan kad ATM Bank Rakyat untuk di masukkan di dalam ATM tersebut
- Tekan nombor PIN anda
- Di pilihan Menu, pilih “Lain-lain Urusniaga / Others”
- Pilih Khidmat Penyata dan Pilih Penyata Mini
- Kemudian Cetak
Senang sahaja kan!
Untuk makluman,penyata Kewangan yang di cetak adalah ringkas dan pendek sahaja tetapi jika anda inginkan penyata yang lebih tepat dan jelas,boleh ikut cara di bawah
Melalui kaunter di Bank Rakyat
Melalui kaunter,anda akan dapat penyata kewangan yang lebih jelas dan tepat untuk setiap transaksi kewangan anda jika anda tidak mahu menggunakan perkhidmatan online.
Pergi ke cawangan Bank Rakyat yang berdekatann dengan anda .Paling penting,bawa kad pengenalan dan kad ATM untuk pengesahan akaun.
Melalui Online (iRakyat)
iRakyat merupakan perkhidmatan perbankan online atas talian untuk Bank Rakyat.Melalui perbankan online,pengguna boleh membuat pelbagai transaksi seperti pemindahan wang, semakan baki akaun, pembayaran bil, cetakan penyata kewangan dan sebagainya.
Berikut adalah cara-cara untuk anda cetak penyata kewangan anda melalui iRakyat :
- Boleh pergi ke iRakyat di pautan https://www.irakyat.com.my/
- Anda hendaklah Log masuk akaun iRakyat anda
- Dimenu, pilih e-Statement,pilih Account / Card
- Anda pilih penyata daripada bulan yang anda hendak
- Klik Open untuk melihat penyata
- Kemudian boleh untuk Save dan Print penyata kewangan tersebut
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui medium berikut:
Telephone No: 1-300-80-5454
Email: [email protected]