Cara daftar RHB Online Banking dan login pertama Kali
Dah ada akaun bank RHB dan belum Daftar RHB Online Banking lagi?Seperti yang kita sudah tahu,perbankan internet sememangnya menjadi wajib di zaman sekarang.Banyak transaksi melibatkan online banking sama ada untuk membeli belah,penghantaran wang dan sebagainya.
Nak daftar perbankan RHB Banking?Senang sahaja,jom ikuti perkongsian kami cara untuk membuat pendaftaran ,login kali pertama dan pengaktifan online banking RHB melalui panduan bergambar yang kami sediakan.
Maklumat RHB Online Banking
RHB Bank Berhad adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia Akta Syarikat 1965 dan memiliki lesen untuk melaksanakan perniagaan perbankan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan memiliki pejabat berdaftar di Level 9, Tower One, RHB Centre Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
RHB juga menyediakan perbankan internet mereka jika anda mempunyai akaun dengan bank mereka.Boleh ikuti langkah-langkah dibawah untuk mengaktifkan perbankan internet RHB anda.
Cara Daftar RHB Online Banking Pertama kali
Sebelum mendaftar,anda perlukan beberapa butiran penting seperti berikut:
- Kad debit / ATM
- Butiran pengenalan diri
- Telefon bimbit (untuk terima nombor OTP)
Ikuti langkah di bawah untuk daftar perbankan RHB online:
- Layari laman web https://logon.rhb.com.my/
- Tekan butang ‘I want to register’
- Pilih ‘ATM / Debit Card’
- Sila masukkan nombor Kad ATM / Kad Debit 16 digit anda
- Isikan Username dan Password.
- Baca ‘Terma & Syarat’ sebelum menekan butang ‘I Agree’
Cara Daftar Aplikasi RHB Mobile Banking
Perbankan RHB Banking juga mempunyai Mobile Aps juga.Boleh muat turun melalui pautan berikut:
- Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.rhbgroup.rhbmobilebanking
- iOS : https://apps.apple.com/my/app/rhb-mobile-banking/id1440953606
1.Tekan Next seperti dalam gambar.
2.Pastikan “Secureword” anda sama seperti yang anda daftar sebelum ini dan masukkan kata laluan anda.
3.Ok dah boleh login Mobile Aps RHB Banking Anda seperti gambar di bawah.
Boleh juga baca: Kad ATM Maybank: Cara Tukar Online Kad Rosak Atau Dah Tamat Tempoh
Cara Kemaskini No Telefon RHB Online Banking
Bagaimana jika anda sudah tukar no lain dan ingin kemaskini No baru anda?Jom ikuti langkah di bawah:
- Boleh ke mesin ATM RHB berdekatan dan masukkan nombor pin seperti biasa
- Tekan ‘Lain-lain’
- Pilih ‘Kemaskini No Tel’
- Tekan RHBNow OTP
Rujuk gambar,anda akan menerima notikasi OTP RHB Now
Kredit gambar: Amirah Azmi
Mesej ini sangat Penting.Untuk keselamatan,jangan dedahkan kepada sesiapa OTP ini.
OTP ini sangat penting ketika anda ingin membuat sebarang transaksi online nanti sebagai bukti pengesahan transaksi dilakukan oleh anda
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang masalah,boleh hubungi melalui saluran berikut:
- Laman web rasmi RHB di https://www.rhbgroup.com/others/highlights/index.htm
- Customer Care Center RHB di talian 03-9206 8118
Sila Join Channel Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang maklum terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.