BKSS 8.0: senarai Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022 dan Insentif terkini

0 348

Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022.Dalam sebuah sidang media Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022,Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg telah memaklumkan akan meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 2022 atau BKSS 8.0 bagi membantu beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Peruntukkan BKSS 8.0 adalah melibatkan RM285.47 juta dan merangkumi enam bulan pertama tahun 2022 serta bantuan kewangan sekali beri. Bantuan ini akan diberikan kepada yang terjejas dan tanpa ada yang tercicir.

Senarai Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022 (BKSS 8.0)

1. Bantuan Kewangan 6 Bulan

Beliau berkata, di bawah BKSS 8.0 kerajaan akan menyediakan peruntukan RM285.47 juta untuk selama enam bulan sepanjang tahun 2022 dan memberi bantuan secara sekali bayar.

2. Diskaun Bil Elektrik & Bil Air

BKSS 8.0 itu merangkumi diskaun bil elektrik dengan peruntukan RM166.8 juta yang memberi manfaat kepada 647,000 isi rumah.

3. Diskaun Penyewa Rumah, Pasar & Gerai

Kerajaan, katanya, akan turut memberi diskaun 50 peratus kepada 3,200 penyewa rumah Perbadanan Pembangunan Perumahan dengan menyedia peruntukan sebanyak RM2.6 juta.

Selain itu, kata Ketua Menteri, kerajaan juga memansuhkan sewa bagi pengusaha PKS yang menyewa premis milik syarikat berkaitan kerajaan negeri dengan menyedia peruntukan RM2 juta dan diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai milik pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menyedia peruntukan RM1.7 juta.

4. Insentif RM500 Pengusaha Perahu, Teksi, Bas & Van Berlesen

Seramai 1,725 pengusaha perahu tambang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pengusaha van berlesen, pemandu teksi, bas sekolah dan operator van akan menerima insentif RM500 sekali bayar dengan jumlah keseluruhan RM0.87 juta, katanya.

5. Geran Peniaga / Penjaja RM1,000

Geran sekali bayar RM1,000 akan diberikan kepada 87,500 penjaja melalui Sarawak Pay dengan peruntukan RM87.5 juta turut disediakan, katanya.

Dalam BKSS 1.0 hingga ke BKSS 7.0 pada 2020 dan 2021, katanya, kerajaan menyalurkan bantuan berjumlah RM5.3 bilion bagi membantu meringankan beban rakyat dan memulihkan semula ekonomi.

Boleh juga baca: Bantuan BKSS 7.0 Peniaga: Bantuan One-Off RM 10,000 Kepada Yang Layak

Lain-lain Insentif bantuan lain:

Selain bantuan di atas,terdapat beberapa bantuan lain yang akan di laksanakan pada 2022

  • Housing Deposit Assistance Scheme . Skim ini ada menyediakan bantuan tunai untuk deposit rumah sehingga RM 10,000 kepada golongan B40 dan M40 , dan ini akan diuruskan oleh MUTIARA. This assistance is applicable to affordable housing projects sanctioned by State Government.
  • Peruntukkan baru diberikan untuk membantu persatuan persatuan yang berkaitan Heritage, Arts dan Culture.
  • Bantuan Khas satu 1 1/2 bulan gaji untuk penjawat awam dan RM 500 kepada penjawat awam persekutuan bagi tahun 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertayaan dan maklumat lanjut,boleh layari:
Laman web rasmi Kerajaan Sarawak: https://service.sarawak.gov.my/

Sila Join Channel Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More