Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dah buat Penamaan Waris Tabung Haji anda?Jika belum berbuat demikian,mari lihat jadual atau Carta Waris Penamaan Simpanan TH dan kenal pasti siapa anda boleh letakkan penama anda.
Penama merupakan waris yang berhak mengikut syarak.Ketahui maklumat lanjut mengenai penamaan simpanan Tabung Haji di bawah.
Pendeposit yang berumur 18 tahun atau lebih hendaklah menamakan seorang atau 2 orang sebagai penerima namaan bagi maksud pembayaran apa-apa amaun yang dikreditkan atas namanya kepada TH selepas dia meninggal dunia.
Penamaan dibuat untuk memudahkan waris membuat pengeluaran wang simpanan si mati tanpa perlu mengemukakan Surat Kuasa atau Perintah daripada pihak berkaitan (Bicara Kecil Pejabat Tanah, Mahkamah Syariah, Mahkamah Sivil, Amanah Raya Berhad).
Penamaan mestilah dibuat oleh pendeposit semasa hayatnya dengan melengkapkan Borang Penamaan yang disediakan oleh TH dan dihantar ke mana-mana pejabat TH yang berhampiran untuk didaftarkan ke dalam sistem TH. Tarikh kuat kuasa penamaan adalah pada tarikh borang penamaan diterima dan didaftarkan.
Sesuatu penamaan akan terbatal dalam keadaan-keadaan yang berikut (merujuk kepada Akta Lembaga Tabung Haji 1995, Peraturan-Peraturan Lembaga Tabung Haji (Deposit dan Pengeluaran) 2002, Pindaan 2003, Pindaan 2013 dan Pindaan 2017) :
Berikut adalah waris yang berhak untuk di letakkan penamaan:

Untuk urusan pendaftaran penamaan waris simpanan tabung haji anda,anda boleh berkunjung ke Tabung Haji yang berdekatan anda dan melengkapkan Borang Penamaan & Borang Pengesahan Perhubungan Waris.
Boleh Muat turun Borang tersebut DISINI
NOTA: Pendeposit hendaklah membuat temujanji dahulu sebelum hadir ke cawangan Tabung Haji berdekatan.Kemudahan sudah bermula 9 Mei 2022.
Urusan untuk yang disediakan ialah:
– Urusan Tuntutan Pusaka
– Urusan Permohonan Hibah Amanah
– Urusan Kemaskini Maklumat Peribadi
Untuk membuat janji temu,anda boleh layari web Rasmi TH di www.tabunghaji.gov.my dan klik di bahagian pilihan urusan Janji temu untuk membuat permohonan mengikut tarikh dan slot yang avalaible pada masa itu
Boleh juga baca: Cara Daftar Haji Online Melalui Akaun THiJARI Untuk Diri Sendiri Dan Anak
Biasanya tempoh proses tuntutan adalah mengambil masa 14 hari bekerja dari borang permohonan diterima oleh mana-mana cawangan Tabung Haji, Tabung Haji Negeri dan Ibu pejabat Tabung Haji.
Sehubungan itu, sekiranya tempoh permohonan telah melebihi 14 hari bekerja, anda disarankan hubungi Tabung Haji Contact Centre di talian 03-62071919 bagi semakan status tuntutan pusaka tersebut.
Hibah Amanah TH merupakan pemberian harta Hibah Amanah daripada akaun simpanan TH oleh Pemberi Hibah Amanah (pendeposit TH) semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang, secara sukarela tanpa paksaan dan, tanpa mengenakan sebarang balasan serta berlakunya ijab qabul antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah.
Harta Hibah Amanah ini akan dipegang oleh Pemberi Hibah Amanah yang bertindak sebagai Pemegang Amanah dan akan diserah milik kepada Penerima Hibah Amanah selepas kematian Pemberi Hibah Amanah dan / atau kepada waris Penerima Hibah Amanah sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu.
Pendaftaran hibah amanah, pendeposit perlu membayar caj pendaftaran sebanyak RM190.
Untuk semakan dan rujukan,boleh baca melalui pautan berikut: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/perkhidmatan/hibah-amanah-th
Sebarang Pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut: