Dah Daftar Wavpay eWallet??Penggunaan eWallet sekarang semakin meluas kerana perkembangan teknologi yang pesat memudahkan ramai orang berbelanja tanpa perlu mengeluarkan wang dari mesin ATM.
Pada zaman teknologi ini,terdapat banyak penyedia perkhidmattan eWallet salah satu yang semakin popular ialah WavPay.Wavpay memperkenalkan Wavpay E-Wallet untuk menawarkan kemudahan kepada pengguna untuk menikmati pengalaman pembayaran mudah alih tanpa tunai.
Perkhidmatan dan Kemudahan
Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan:
- Pembayaran sewaktu pembelian
- Pembayaran bil
- Pemindahan dan permintaan wang
- Fungsi pengurusan kewangan dan perbelanjaan
Anda boleh tambah nilai melalui perbankan internet dan juga melalui kad debit/kredit yang dibenarkan.
Cara Muat turun Aplikasi
Berikut adalah pautan-pautan untuk download aplikasi berkenaan secara percuma:
- Google Play – Untuk Android
- App Store – Untuk iOS
Pastikan anda muat turun di pautan yang betul dan sah supaya tidak digodam oleh mereka yang kita tidak kenali.
Cara Login dan Daftar WavPay
Berikut adalah proses pendaftaran WavPay dan pengaktifan akaun:
- Download dan install aplikasi WavPay terlebih dahulu
- Buka Aplikasi tadi
- Klik pada butang Sign Up
- Isikan segala maklumat yang perlu. Anda perlu memuat naik gambar kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahaan.
- Masukkan 6 digit nombor PIN anda yang akan digunakan untuk pengesahan setiap kali membuat transaksi.Pastikan anda ingat no tersebut.
Anda boleh juga baca: Daftar GrabPay EWallet:Login,Pengaktifan Dan Tambah Nilai
Cara Guna WavPay eWallet
1.Scan dan Bayar
2. Pengeluaran wang
3. Pemindahan wang
4. Tambah nilai
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi atau rujuk:
Website Rasmi: wavpay
Phone No : 03-7622 2519