Cara mohon Residensi Prihatin.Melalui siaran fb live pada 22 Februari 2021 lalu ,Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa telah melancarkan Rumah Residensi Prihatin.
Residensi Prihatin adalah program Perumahan Mampu Milik baharu bagi membantu golongan B40 berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan di mana perumahan tersebut akan dibina di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Dokumen penting ini perlu di muat naik ketika membuat permohonan di dalam portal Residensi Prihatin
Pemohon
Surat Akuan Sumpah
Salinan kad pengenalan pemohon dan Sijil Kelahiran Pemohon bagi Projek Bumiputera Lot/Tanah Rizab Melayu sahaja.
3 bulan Penyata Gaji Terkini pemohon atau penyata bank 3 bulan terkini bagi permohonan tiada slip gaji atau tidak bekerja.
Penyata KWSP terkini pemohon dan sejarah pengeluaran (wajib jika gaji pemohon tiada potongan KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon bagi permohonan yang tiada KWSP.
Surat Pengesahan Majikan Terkini pemohon atau Sijil Pendaftaran Syarikat bagi yang bekerja sendiri (jika mempunyai syarikat).
Bil elektrik terkini dan bil air tempat tinggal atau dokumen lain sebagai bukti alamat kediaman.
Salinan Geran/Salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) harta yang dimiliki (pemohon dan atau pasangan) (jika berkaitan).
Pasangan
Penyata KWSP terkini pasangan dan sejarah pengeluaran (wajib jika gaji pemohon tiada potongan KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon bagi permohonan yang tiada KWSP.
3 bulan Penyata Gaji Terkini pasangan atau penyata bank 3 bulan terkini bagi permohonan tiada slip gaji atau tidak bekerja.
Salinan kad pengenalan pasangan (MyKad) atau passport pasangan.
Surat Pengesahan Majikan Terkini pasangan atau Surat Akuan Sumpah suami sekiranya tidak bekerja atau Sijil Pendaftaran Syarikat bagi yang bekerja sendiri (jika mempunyai syarikat).
Muat turun surat akuan sumpah dan tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
Muat naik Dokumen Permohonan.
Kemudian, sahkan profil dan dokumen sokongan tersebut.
Rujuk Gambar Proses Permohonan di bawah:
Sebarang makluman akan di maklumkan setelah projek ini di buka.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan persolan,boleh hubungi alamat dan no phone di bawah:
Urus Setia RESIDENSI PRIHATIN Bahagian Sosio Ekonomi, Aras 5, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, Kementerian Wilayah Persekutuan, 62100 Putrajaya.