Cara mohon Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin
Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) satu program pembasmian kemiskinan luar bandar dalam memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik. Program ini telah diilhamkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1995 namun dilaksanakan sekarang.

Menerusi Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe11), Teras Kedua : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, program SPKR diteruskan sebagai salah satu touch point utama Kerajaan yang sentiasa prihatin menjaga kesejahteraan dan mendahulukan kebajikan rakyat.

Komponen SPKR meliputi bantuan rumah PPRT, program latihan kemahiran dan program peningkatan pendapatan yang membentuk suatu pakej nilai tambah untuk memperkasa dan memberi keupayaan kumpulan sasar membentuk jati diri, menjana pendapatan sendiri selain memiliki kediaman yang selamat dan selesa.
Konsep yang diketengahkan melalui program ini adalah menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan pemohon memiliki rumah yang selamat dan selesa untuk mereka tinggal. Melalui PPRT ini juga kerajaan akan membantu mereka yang tidak mempunyai rumah sendiri tetapi mempunyai tanah. Pemohon yang menyewa atau menumpang tanah milik orang lain atau milik kerajaan juga boleh mendapat manfaat dengan membuat surat bertulis.
Bantuan PPRT ini mestilah berada di luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh kerajaan. Permohonan yang sudah lengkap akan dikemukakan kepada Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah /Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) untuk dipertimbangkan kemudian disahkan.
Artikel berkaitan
Konsep yang diketengahkan melalui program ini adalah menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan pemohon memiliki rumah yang selamat dan selesa untuk mereka tinggal.
Cara mohon Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin
Disini kami kongsikan cara membuat permohonan melalui pautan-pautan yang disediakan:
Sila layari pautan di bawah untuk muat turun borang permohonan PPRT: |
BORANG PERMOHONAN PPRT Borang Permohonan PPRT Lengkapkan borang permohonan selengkapnya bersama dokumen sokonga yang diperlukan Permohonan yang sudah lengkap hendaklah dihantar ke Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah /Lembaga Kemajuan Wilayah(LKW) Bagi pemohon yang menyewa atau menumpang tanah milik orang lain mestilah mengisi borang kebenaran menggunakan tanah seperti pautan di bawah: Borang Kebenaran Menggunakan Tanah Milik PPRT |
Kumpulan sasar yang layak mohon PPRT |
Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) namun keutamaan akan diberikan kepada kumpulan sasar: |
Warga emas (umur 65 tahun ke atas), uzur dan orang kurang upaya |
Ibu atau bapa tunggal yang ada tanggungan yang ramai |
Mangsa bencana alam seperti taufan, ribut, kebakaran dan banjir |
Skop Bantuan PPRT |
Kawasan liputan PPRT mestilah luar bandar atau kawasan yang telah diputuskan kerajaan. Skop bantuan adalah seperti berikut: |
Bina baru-Bantuan akan diberikan kepada pemohon yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang uzur dan tidak selamat dan tidak sesuai untuk dibaiki |
Baik pulih-Bantuan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki rumah yang baik dan boleh dibaiki sahaja. Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain |
Perlaksanaan |
Pelantikan kontraktor kelas F/ G1 oleh agensi peneraju mengikut prosedur kewangan semasa |
Peraturan kewangan semasa |
Gotong-royong |
Sebarang pertanyaan
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh dibuat dengan melayari pautan berikut: |
Laman Sesawang Rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar |
Laman Facebook Rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar |
