Cara Mohon Vaksin Covid-19 di aplikasi MySejahtera

0 1,331

Cara Mohon Vaksin Covid-19.Pandemik Covid-19 telah melanda seluruh dunia dan sudah setahun kita memulakan norma bahru disebabkan pandemik tersebut.Di harap dengan kehadiran vaksin boleh diibaratkan sebagai satu sinar harapan, di mana satu hari nanti kehidupan kita boleh kembali kepada seperti dulu.

Cara Mohon Vaksin Covid-19 di aplikasi MySejahtera

Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah pun dilancarkan baru-baru ini oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengandungi pelbagai maklumat terkini mengenai dasar Program Imunisasi termasuk kaedah pelaksanaan vaksinasi Covid-19.

Untuk rekod, vaksin Pfizer juga menjadi vaksin COVID-19 yang pertama mendapat perakuan WHO untuk kegunaan kecemasan.

3 Fasa penting dalam pemberian vaksinasi covid-19

  1. Fasa 1 – barisan hadapan (Feb-April 2021)
  2. Fasa 2 – kumpulan berisiko tinggi (penyakit kronik) dan warga emas berumur 60 tahun ke atas (April-Ogos 2021)
  3. Fasa 3 – orang awam berumur 18 tahun ke atas (Mei 2021-Feb 2022)

Suntikan vaksinanasi Covid-19 adalah PERCUMA kepada warganegara Malaysia.Pendaftaran vaksin COVID19 di Malaysia akan dibuka untuk orang ramai mulai 1 Mac 2021.

Boleh juga baca: 5 Cara Pendaftaran Vaksin Covid-19 Dan Proses Penerimaaan Vaksinasi

Panduan dan Cara Mohon Vaksin Covid-19 di aplikasi MySejahtera

Mengikut pengumum yang diterima,tarikh pendaftaran vaksin melalui MySejahtera adalah bermula 1 Mac 2021 namun pendaftaran di awalkan disebabkan proses pendaftarab boleh dilakukan sekarang.Rujuk panduan bergambar di bawah:

1.Pastikan anda sudah update aplikasi MySejahtera kepada versi yang paling baru

cara daftar vaksin covid 199

2.Kemudian pergi di bahagian halaman utama, pergi ke bahagian Vaksinasi Covid-19

Pendaftaran vaksin MySejahtera

3.Di bahagian tersebut anda akan nampak tiga pilihan. Pilih yang mempunyai nama anda iatu pilihan pertama

cara pendaftaran vaksin

4.Semak maklumat diri dan pastikan butiran peribadi adalah betul dengan kad pengenalan anda. Kemudian boleh tap Sahkan dan pilih OK.

cara Mohon Vaksin Covid-19
pendaftaran vaksinasi covid-19

5.Tahniah anda sudah pun mengesahkan butiran diri anda.Anda sudah siap mendaftar untuk vaksin

vaksinasi berjaya didaftar

6.klik Seterusnya untuk melihat sama ada anda tergolong dalam fasa 1 untuk program vaksinasi atau tidak. Jika tidak, korang boleh  tekan DI SINI unuk menjawab soalan ringkas

fasa vaksinasi covid 19

7.Dah selesai jawab soalan,anda boleh tekan hantar

soalan vaksinasi

Proses Pendaftaran Vaksin secara online dan manual

Untuk Dos Pertama

  • Pendaftaran diri melalui 5 cara yang telah disebut di atas.
    • rujuk 5 cara pendaftaran DISINI
  • Terima tarikh temujanji.
  • Hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ditentukan.
  • Saring suhu dan daftar kod QR.
  • Konsultansi ringkas dan lengkapkan borang kebenaran.
  • Suntikan dah pengesahan penerimaan vaksin.
  • Pemerhatian selama 30 minit untuk tengok jika ada kesan sampingan.
  • Terima kad vaksin.
  • Kesan susulan vaksin dipantau. (Kalau vaksin yang diterima cuma satu dos je, proses akan tamat sampai sini je. Ia akan mengikut jenis vaksin yang akan diterima.)

Untuk Dos Kedua

  • Terima tarikh temujanji.
  • Hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ditentukan.
  • Saring suhu dan daftar kod QR.
  • Suntikan dah pengesahan penerimaan vaksin.
  • Pemerhatian selama 30 minit.
  • Terima sijil imunisasi vaksin Covid-19 secara digital. (Kalau vaksin yang diterima cuma satu dos, sijil boleh dapat sebaik je lepas terima dos pertama vaksin.)
  • Kesan susulan vaksin dipantau.

 Antara kesan sampingannya vaksin Covid-19 yang pernah dilaporkan adalah ringan dan sementara :

  • sakit/bengkak/kemerahan di tempat suntikan
  • Penat
  • Sakit kepala
  • Menggigil
  • Sakit sendi
  • Demam
  • Loya
  • Rasa tak sihat
  • Bengkak kelenjar limfa

Jangan takut,mengikut  pengumuman Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19, Khairy Jamaluddin, pampasan dalam bentuk bayaran ex gratia akan diberikan kepada mereka yang mengalami kesan sampingan yang teruk melalui oleh suntikan vaksin Covid-19.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan mengenai pendaftaran vakninasi Covid-19,boleh rujuk maklumat terkini daripada MOSTIJKJAV dan KKM

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More