Dah Semak No SOSCO anda?Kita sedia maklum PERKESO / SOCSO memberikan pelbagai kemudahan kepada pekerja, terutamanya bantuan seperti kehilangan pekerjaan, perlindungan / pampasan akibat jangkitan tempat kerja dan juga kecederaan.
Berikutan situasi sekarang di tambah dengan pelbagai penyakit yang timbul anda mungkin boleh mendapat pelbagai faedah dengan membuat tuntutan daripada PERKESO.
Maka penting untuk anda ambil maklum nombor SOCSO atau no PERKESO anda untuk sebarang tuntuan nanti
Apa Manfaat PERKESO?
PERKESO ditubuhkan untuk memberi bantuan dari segi perubatan dan kewangan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau jatuh sakit.Tambahan lagi jika kemalangan atau sakit menyebabkan mereka tidak boleh bekerja.PERKESO juga menawarkan bantuan pada ahli tanggungan pekerja melalui pencen sekiranya berlaku kematian.
Berikut adalah faedah-faedah di bawah skim ini:
Skim Bencana Pekerjaan:
Memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kecederaan semasa bekerja.
- Faedah Perubatan
- Faedah Hilang Upaya Sementara
- Faedah Hilang Upaya Kekal
- Elaun Layanan Sentiasa
- Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional
- Faedah Orang Tanggungan
- Faedah Pengurusan Mayat
- Faedah Pendidikan
Skim Keilatan:
Memberi pelindungan kepada pekerja yang hilang upaya/meninggal dunia atas sebab yang tidak berkaitan dengan kerja.Keilatan adalah bila pekerja uzur dan tak mampu capai satu pertiga dari keupayaan yang dulu – boleh jadi kekal dan tak boleh sembuh.
Faedah-faedah bawah skim ni adalah:
- Pencen Ilat
- Bantuan Ilat
- Elaun Layanan Sentiasa
- Pencen Penakat
- Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional/Return To Work (RTW)/Dialisis
- Faedah Pengurusan Mayat
- Faedah Pendidikan
Skim Bencana Kerja Pekerja Asing:
Memberi perlindungan kepada pekerja asing di Malaysia kecuali pembantu rumah. Caruman untuk skim ini ditetapkan pada kadar 1.25% daripada gaji bulanan dan dibayar setiap bulan oleh majikan.
Faedah bagi skim ni adalah:
- Faedah Perubatan
- Faedah Hilang Upaya Sementara
- Faedah Hilang Upaya Kekal
- Faedah Orang Tanggungan
- Faedah Pengurusan Mayat
- Elaun Layanan Sentiasa
- Kemudahan Pemulihan (kecuali Dialisis, Vokasional & RTW)
Cara Semak No SOSCO
Berikut adalah cara-cara untuk anda buat semakan No SOSCO:
1.Semak No SOCSO / PERKESO Melalui No IC
Untuk makluman,no PERKESO anda adalah no kad pengenalan anda yang telah di keluarkan oleh jabatan pendaftaran negara.
Jika anda rasa anda pernah berdaftar,anda boleh buat semakan hanya menggunakan no ic anda sahaja.
Anda boleh rujuk perkara ini melalui pautan berikut yang disediakan oleh PERKESO:
https://www.perkeso.gov.my/soalan-lazim.html#24-s-apakah-nombor-ahli-perkeso-saya
2. No SOCSO/PERKESO boleh disemak Melalui Slip Gaji
Selain dari kad pengenalan anda juga boleh buat semakan dengan menggunakan slip gaji.
Biasanya no PERKESO anda akan di paparkan di sesetangah slipa gaji untuk rujukan pekerja dan majikan.
Walau bagaimanpun,jika No tersebut tidak di nyatakan,anda boleh bertanya pada bahagian pengurusan atau HR anda denga lebih lanjut
Anda boleh juga baca:
JaminKerja PERKESO:Permohonan Dan Bantuan Sehingga RM900 Selama 6 Bulan
3.Semakan melalui Hotline PERKESO
Jika anda masih bermasalah untuk mendapatkan No PERKESO/SOSCO,anda boleh hubungi pihak PERKESO di talian hotline 1-300-22-8000.
Tambahan lagi anda boleh bertanya di Laman Sosial PERKESO di Facebook atau Twitter seperti di pautan berikut:
- Facebook Rasmi PERKESO : https://www.facebook.com/PERKESO.Official
- Twitter Rasmi PERKESO : https://twitter.com/PERKESOofficial
Maklumat lanjut
Sebarang Pertanyaan lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Laman web PERKESO: http://www.perkeso.gov.my/
No Hotline: 1-300-22-8000