Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

PindahMilik Tanah:Cara Mohon Tanpa Peguam(Borang 14A)

0 58

PindahMilik Tanah Perlukan Peguam?Tidak semestinya anda perlukan peguam untuk beli tanah.Untuk pengetahuan pemindahan milik tanah boleh dilakukan sendiri menggunakan Borang 14A.

Lebih kurang,anda tidak perlukan peguam pun jika tidak melibatkan pinjaman bank.Senang cerita kalau lot-lot kecil anda boleh uruskan sendiri .

Definisi PindahMilik Tanah

Pindahmilik adalah satu proses untuk menukar nama pemilik berdaftar di dalam suratan hakmilik.

Proses pindahmilik boleh terus dilakukan bagi hakmilik yang tiada sekatan kepentingan atau batasan (kaveat), tetapi bagi hakmilik yang mempunyai sekatan kepentingan atau batasan, kebenaran daripada pihak berkenaan perlu diperolehi terlebih dahulu.

PindahMilik kepada siapa?

Pindah milik tanah boleh di pindahkan kepada :

  • Warganegara yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Bukan warganegara dan syarikat-syarikat asing dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
  • Perbadanan yang dibenarkan oleh perlembagaan nya untuk memegang tanah.
  • Raja raja Pemerintah , Kerajaan , Organisasi dan lain – lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.
  • Badan – Badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana – mana undang-undang bertulis lain.

Anda juga boleh baca: Semakan Dan Cara Bayar Cukai Tanah Online

Cara PindahMilik Tanpa Peguam

Langkah-langkah dan prosedur adalah seperti berikut:

  1. Setuju harga belian dengan penjual
  2. Isi borang 14A dengan penyaksian
  3. Bayar duti setem di LHDN
  4. Selesaikan cukai tanah/pintu dan bil tertunggak lain
  5. Siapkan salinan IC dan surat beranak (jika tanah rizab Melayu)
  6. ‘Present’ di pejabat tanah & bayar fi pindahmilik
  7. Collect geran baru selepas siap

Boleh rujuk lampiran Panduan Mengisi Borang Pindah Milik (14A) di bawah untuk maklumat lanjut:

Beli tanah tanpa peguam

Boleh muat turun borang 14A di bawah:

https://ptg.ptgps.gov.my/borang/14A.pdf

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya

No. Telefon : +603 8000 8000
Faks : +603 8889 3855

Emel : pertanyaan@jkptg.gov.my

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Sila Share Artikel Ini Dahulu Kepada Rakan Anda yang Belum Tahu!